resepi lempeng pisang

Resepi lempeng pisang merupakan salah satu hidangan petang yang sangat popular dalam kalangan orang Melayu.

Kali ini, MyResipi akan berkongsikan resipi lempeng pisang mengikut cara tradisional. Lempeng akan dimasak menggunakan daun pisang.

Penggunaan daun pisang tersebut akan menjadikan lempeng lebih beraroma dan enak. Selain itu, bahan-bahan dan cara penyediaannya juga cukup mudah.

Baca juga: Resipi Lempeng Kelapa Parut Lemak Manis, Ada Petua Nak Lagi Sedap & Berlemak

RESEPI LEMPENG PISANG LEGEND

Bahan-bahan:

  • Daun pisang
  • Seikat pisang berangan
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 ½ sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar gula merah
  • Kelapa parut

resepi lempeng pisang

Cara-cara:

1. Lenyekkan pisang sehingga lumat. Tambahkan gula pasir dan gula merah. Terus melecek sehingga adunan sebati.

2. Kemudian tambah kelapa parut, tepung ubi serta tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul rata.

3. Jika adunan kelihatan terlalu pekat, tambah sedikit air dan kacau lagi sehingga sebati.

4. Ambil sehelai daun pisang yang sudah dibersihkan, letakkan adunan secukupnya ke atas daun pisang dan ratakan.

5. Bakar lempeng tadi di atas kuali non-stick. Kemudian terbalikkan dan masak lagi sehingga kuning keemasan.

6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

resepi lempeng pisang

Kredit resipi dan gambar: Tengku Roselyza Raya Muhammad

Baca juga: Cara Buat Lempeng Kosong Kampung, Sedap Cicah Bersama Sambal Bilis

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN