rahsia kuah soto

Ternyata, ada rahsia kuah soto ayam sedap yang anda boleh cuba. Boleh ikuti resipi soto yang lengkap dan mudah dari perkongsian Ezah Hazreen ini.

Soto ini mempunyai rasa yang kaya dan kuah yang terlajak sedap, sesuai untuk dinikmati di sepanjang hari.  Jom kita mulakan dengan bahan-bahan dan langkah-langkah yang mudah diikuti.

Baca juga: Himpunan Resipi Menu Raya Untuk Rumah Terbuka, Mudah Dan Ringkas!

RAHSIA KUAH SOTO AYAM SEDAP, INI RESIPI SET LENGKAP

rahsia kuah soto

Bahan-Bahan Kuah:

Kisar Semua Bahan Bertanda (**)

  • Perencah Kurma 2 paket kecil
  • Perencah Sup 1 paket kecil
  • Sup Bunjut Tulang
  • Kiub Ayam 

Cara Penyediaan Kuah:

1. Tumis bahan-bahan dalam sup bunjut dengan minyak (kecuali sup bunjut).
2. Kemudian masukkan bahan kisar dengan serai yang diketuk.
3. Tumis sampai pecah minyak.
4. Kemudian masukkan rempah sup + kurma, tambah air jika takut hangus, masak sampai pecah minyak.
5. Selepas pecah minyak, masukkan isi ayam dan masak ayam hingga kecut.
6. Bila ayam dah kecut, masukkan air dan sup bunjut (Laraskan ikut citarasa, nak pekat atau cair sikit).
7. Setelah kuah mengelegak, masukkan 2 kiub ayam. Didihkan sampai isi ayam masak.
8. Keluarkan isi ayam dari kuah, biarkan sejuk seketika dan carik isi ayam.
9. Boleh perasakan kuah dengan Garam / Gula / Ajinomoto / Cukup Rasa.

Bahan-bahan Cili Kicap:

  • Bawang Putih
  • Cili Burung (Hijau dan Merah, Merah jangan banyak sangat sebab pedas)
  • Kicap Jalen Lemak Manis
  • Gula 2 Sudu
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan Cili Kicap:

1. Goreng cili dan bawang putih seketika.
2. Kemudian kisar kesemua bahan tadi.

Bihun / Suhun Keropok Soto:

  • Bihun / Suhun (Tak perlu basuh, biarkan keras)
  • Minyak

Cara Penyediaan Keropok Soto:

1. Panaskan minyak dalam Kuali sampai betul-betul panas.
2. Masukkan bihun/suhun sedikit.
3. Apabila mengembang, terus angkat.

Bahan tambahan lain:

  • Nasi Impit
  • Taugeh
  • Isi Ayam (Carik)
  • Kacang Tanah (Goreng)
  • Daun Sup

rahsia kuah soto

Selamat mencuba foodies!

Baca juga: Resipi Golden Buttercake, Sesuai Buat Juadah Raya Kek Gebu Gebas Ini

Sumber: Ezah Hazreen

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN