Penggemar makanan laut wajib cuba resepi lala masam manis ini. Ratah pun sedap, apatah lagi jika dimakan dengan nasi, confirm bertambah!
Rasanya yang masam, masin, manis dan pedas pasti memikat hati sesiapa jua. Bukan itu saja, masakan ini juga mempunya aroma yang wangi tau!
Biasanya kalau teringin nak makan masakan yang menggunakan lala, kita order dekat kedai je kan? Kali ini kita cuba masak sendiri di rumah.
Baca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar. Tumis sampai cili masak.
3. Bila cili dah mula garing masukkan sos cili & sos tiram. Kacau rata. Masukkan sedikit air kalau bahan tumis mula pekat.
4. Perasakan dengan sedikit garam. Jangan letak banyak, nanti masin pula.
5. Masukkan maggie cukup rasa dan sedikit gula.
6. Akhir sekali masukkan lala.
7. Gaul sebati dan renehkan sehingga lala masak.
8. Apabila kulit lala sudah terbuka, sedia untuk diangkat dan dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Rosni Musa
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…