Korang pernah cuba tak lala masak hoisin? Lala masak hoisin selalunya boleh didapati di restoran Cina muslim. Kalau korang belum pernah cuba kena cuba sekarang gerenti tak menyesal. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

20 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

LALA MASAK HOISIN

Korang pernah cuba tak lala masak hoisin? Lala masak hoisin selalunya boleh didapati di restoran Cina muslim. Kalau korang belum pernah cuba kena cuba sekarang gerenti tak menyesal. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 750 g lala

  • 1 tangkai daun bawang

  • 3 inci halia

  • 1 labu bawang putih

  • 4-5 sudu besar sos hoisin

  • 1-2 tangkai cili merah

  • 1 sudu besar tepung jagung

  • Garam mengikut citrasa

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

CARA PENYEDIAAN
  • Cuci lala sehingga air rendaman dia menjadi jernih. Tak ada pasir dan tak ada lumpur. Hanya cuci berulang kali sehingga bersih.

  • Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau wangi.

  • Masukkan cili dan sos hoisin.

  • Selepas masukkan sos hoisin, terus masukkan lala dan gaul. Tak perlu masukkan air. Nanti lala tu akan mengeluarkan air. Masak dalam 5 minit sampai kulit lala dah tak ada warna kelabu.

  • Kemudian boleh pekatkan kuah yang terhasil dengan bancuhan air tepung jagung. Gaul sehingga kuah menjadi pekat. Siap!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN