Peminat laksa wajib cuba resepi laksa Johor ini pula. Laksa ini sedikit berbeza dengan laksa negeri lain kerana menggunakan spageti. Yang penting, rasanya sedap dan pasti dapat memikat hati sesiapa saja.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa laksa Johor menggunakan spageti berbanding negeri yang biasanya menggunakan laksa dari tepung beras. Ada sumber mengatakan ia kerana pengaruh kerabat Johor yang berasal dari Barat.
Jika ada yang teringin mahu mencubanya, apa kata jom kita cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Puan Zalifah Hj Denan di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Laksa Kedah Padu, Sedap & Likat. Memang Kaw Punyalah!
RESEPI LAKSA JOHOR
Bahan-bahan kisar:
- Sebiji bawang besar
- 4 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 3 batang serai
- 8 tangkai cili kering
Kisar semua bahan-bahan di atas. Ketepikan.
Bahan-bahan lain:
- Setengah ekor ikan parang/tenggiri
- Halia
- Bawang putih
- Kerisi (setengah biji kelapa)
- Santan (setengah biji kelapa)
- Udang kering setengah genggam
- Rempat kari 4 sudu besar
Cara memasak:
1. Rebus ikan dengan halia dan bawang putih. Kalau guna ikan parang, kuah lagi pekat dan sedap. Tapi boleh juga ganti dengan ikan kembur/selar/selayang. (Jangan buang air rebusan)
2. Selesai rebus, buang tulang ikan dan kisar isinya menggunakan air rebusan tadi. Tulang ikan pula dikisar asing dan tapis ambil airnya untuk buat kuah.
3. Tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga naik minyak. Kemudian masukkan rempah kari yang sudah dibancuh terlebih dahulu.
4. Seterusnya masukkan pula isi ikan dan udang kering (tumbuk). Kacau dan tunggu sehingga mendidih.
5. Kemudian, masukkan kerisik dan santan. Biarkan lagi sehingga mendidih.
6. Perasakan dengan garam, gula secukup rasa beserta sekeping asam keping.
7. Masak guna api kecil kecuali semasa menumis supaya mesra rasanya.
8. Sedia untuk dihidangkan bersama bahan-bahan sampingan di bawah. Selamat mencuba!
Bahan-bahan sampingan:
- Timun
- Daun kesum+daun selasih
- Bunga kantan
- Lobak asin (wajib ada)
- Tauge
- Bawang besar
- Sambal belacan
- Limau kasturi
Kredit resipi dan gambar: Zalifah Hj Denan
Baca juga: Rahsia Kuah Laksa Yang Kaww, Bau Harum Semerbak & Tak Berbau Hanyir!