resepi lai chi kang

Kalau tengah mencari minuman yang segar dan menyihatkan, resepi Lai Chi Kang ini memang wajib cuba.

Campuran bahan seperti longan kering, biji selasih, white fungus dan red dates bukan saja sedap, tapi bantu sejukkan badan serta beri tenaga.

Bahan-bahan untuk buatnya senang nak cari dan cara penyediaannya pun mudah. Rendam, rebus, siap! Dapatlah segelas air sejuk yang menyegarkan.

Baca juga: Cara Simpan Air Kelapa Supaya Tak Cepat Masam & Berbau, Confirm Rasa Segar Kekal Lama!

RESEPI LAI CHI KANG

resepi lai chi kang

Bahan-bahan utama:

  • 1–2 liter air
  • 1 senduk gula batu
  • 2 senduk gula pasir atau gula perang
  • 2–3 helai daun pandan (ikat simpul)

Bahan-bahan campuran:

  • 1 senduk biji selasih (direndam hingga kembang)
  • 2 senduk longan kering (direndam air panas)
  • 2 senduk buah kundur kering (dipotong kecil)
  • 1 pek buah semangkuk (direndam hingga kembang)
  • 1 pek white fungus (direndam hingga kembang)
  • 1 pek peach gum (direndam hingga kembang)
  • 2 senduk kurma merah Cina (belah dua dan buang biji)
  • 3 ketul gula melaka
  • 1 pek cincau hitam (dipotong kecil)
  • 1 senduk goji berry
  • 1 senduk kismis kuning atau hitam
  • Ais batu secukupnya untuk dihidang sejuk

Bahan yang perlu direndam semalaman:

  • Buah semangkuk
  • White fungus
  • Peach gum
  • Biji selasih

Cara penyediaan:

  1. Cuci bersih semua bahan rendaman dan tapis.
  2. Didihkan air bersama daun pandan, gula batu dan gula pasir hingga mendidih.
  3. Tambahkan semua bahan-bahan campuran yang telah direndam.
  4. Reneh selama 15–20 minit hingga semua bahan lembut dan manis.
  5. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
  6. Tambahkan biji selasih dan ais batu sebelum dihidang.

Sumber: Cik Ma

Baca juga: Badan Cepat Lesu & Mengantuk? Cuba Petua Minum Air Asam Kunyit Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN