kurma telur

Dah biasa masak kurma ayam kan? Kali ini apa kata ibu-ibu cuba kelainan dengan memasak kurma telur pula.

Resepi ini sama saja dengan masakan kurma lain. Yang membezakannya hanyalah penggunakan telur yang menggantikan ayam atau daging.

Menu ini cukup sedap jika dimakan dengan nasi putih. Bukan itu saja, ia juga sesuai dihidangkan bersama nasi minyak, nasi kandar atau nasi tomato.

Selain itu, masakan ini sangat sesuai untuk anak-anak kerana tidak pedas. Satu keluarga boleh makan, tak perlu masak banyak lauk.

Baca juga: Nak Jimat Buat Sendiri Je ‘Sos Cili Thai’, Modal RM5 Dapat 3 Botol!

RESEPI KURMA TELUR SEDAP & MUDAH

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur (ubah mengikut jumlah yang ingin dimasak)
  • 4 hingga 5 biji kentang (dipotong)
  • 3 cawan santan dari 1 biji kelapa parut (kisar kelapa parut dengan 3 cawan air, perah dan ambil santannya)
  • 10 biji cili padi hijau (jangan buang tangkai, untuk hiasan)
  • 2 biji cili merah (dipotong serong, untuk hiasan)
  • 2 ½ senduk minyak masak (untuk menumis)
  • 3-4 biji bunga lawang
  • Kayu manis
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • Halia sebesar ibu jari (dihiris)

Bahan-bahan pes:

  • 3 peket kecil rempah kurma
  • 1 sudu besar rata garam
  • ½ sudu teh bahan perasa (ajinamoto)
  • 1 keping asam keping
  • 3 tangkai daun kari (ambil daun sahaja)
  • 1 cawan air

Cara-cara:

1. Satukan bahan-bahan pes dan kacau sehingga sebati. Ketepikan.

2. Rebus telur sehingga masak. Kopek kulit telur dan goreng sekejap. Tos dan ketepikan.

3. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

4. Kemudian masukkan pes kurma dan tumis sehingga betul-betul naik minyak.

5. Masukkan kentang dan gaul sebati.

6. Jika kentang dah mula lembut, masukkan santan dan biarkan mendidih.

7. Kemudian boleh masukkan telur yang sudah direbus dan digoreng tadi.

8. Masukkan juga cili padi hijau dan cili merah. Biarkan sehingga pekat.

9. Perasakan dengan garam dan ajinamoto secukupnya. Selamat mencuba!

kurma telur

Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal

Baca juga: Cara Buat ‘Mushroom Seasoning Homemade’, Lebih Jimat Dari Beli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN