resepi kuih peneram

Sesiapa saja yang suka buat kuih tradisional di rumah pasti seronok jika dapat tahu adanya resepi Kuih Peneram yang sangat lazat.

Kuih Peneram adalah panggilan lain bagi kuih denderam, iaitu sejenis kuih manis tradisional masyarakat India Selatan, tapi ia juga popular di Malaysia dan sering dijual di pasar malam.

Bahan utama dalam resepi Kuih Peneram cukup ringkas dengan menggunakan tepung beras dan gula merah, menjadikannya antara kuih tradisional yang mudah dibuat.

Nak tahu resepi Kuih Peneram yang menjadi, anda boleh ikut langkah demi langkah yang diajar oleh Pn Bib di Facebook ini. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Kuih Getas Tanpa Banyak Bahan, Lembut Dan Lemak Manis!

RESEPI KUIH PENERAM

resepi kuih peneram

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Masukkan gula merah, gula putih, air putih, garam dan daun pandan ke dalam periuk.

2. Panaskan sehingga mendidih dan membuak naik buih-buihnya, tapi api dapur jangan kuat sangat.

3. Apabila sudah siap masak air gula, masukkan tepung beras ke dalam besen.

4. Tuang air gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung sambil kacau dengan senduk.

5. Apabila sudah siap bancuh tepung, perap sehingga sejuk selama 3 atau 4 jam saja.

6. Pastikn uli dulu sebelum digoreng supaya elok kejadiannya.

7. Goreng dalam minyak masak yang betul-betul panas sehingga nampak garing, angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

resepi kuih peneram

Anda akan dapat hasil Kuih Peneram yang bukan setakat bahagian luarnya rangup, malah bahagian dalamnya juga lembut dan kenyal apabila dimakan.

Kuih Peneram inimempunyai kemanisan yang cukup rasa dan pastinya membuatkan anda tak berhenti mengunyah.

Jangan lupa untuk kongsikan resepi Kuih Peneram ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang suka buat kuih di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Pn Bib

Baca juga: Resepi Kuih Limas, Macam Tepung Pelita Tapi Beza Satu Bahan Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN