Categories: Resipi

Rahsia Pau Lembut, Gebu & Tak Berkedut, Letak Inti Kelapa Atau Kaya Paling Sedap!

Kuih pau memang antara kuih tradisional yang sering menjadi pilihan untuk sarapan pagi atau minum petang. Teksturnya yang lembut dengan inti manis di dalam membuatkan kuih ini digemari ramai.

Untuk mendapatkan pau yang cantik, licin dan tidak berkedut selepas dikukus, pemilihan bahan serta cara menyediakan doh sangat penting. Penggunaan tepung pau khas membantu menghasilkan pau yang lebih putih, gebu dan sedap bila dinikmati.

Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Pandan Gedik Lembut, Tekstur Elok Tak Lembik & Tak Terlebih Kenyal

RESEPI KUIH PAU GEBU INTI KELAPA DAN KAYA

Bahan-bahan:

  • 700 gm tepung pau
  • 100 gm gula kastor
  • 60 gm lemak sayur
  • 1 sudu teh baking powder (membukit)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh k-fine (pelembut doh)
  • 1 paket yis segera
  • 370 gm air suam

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk besar dan gaul sehingga sebati. Seterusnya, masukkan air suam dan uli sehingga doh menjadi licin dan tidak melekat.
  2. Timbang doh seberat 45 gm setiap satu dan bulatkan sehingga permukaannya licin. Rehatkan doh seketika.
  3. Canai doh mengikut saiz yang sesuai, kemudian masukkan inti seberat 30 gm. Tutup dan kemaskan balutan supaya permukaan pau menjadi licin.
  4. Susun doh pau di atas kertas pau dan biarkan sehingga mengembang sempurna.
  5. Kukus pau selama 7 hingga 8 minit dengan api sederhana.
  6. Selepas selesai dikukus, angkat pengukus tanpa membuka penutup dan biarkan seketika. Buka penutup kukusan secara perlahan-lahan supaya air kukusan tidak terkena pau. Cara ini membantu mengelakkan pau daripada berkedut.
  7. Kuih pau boleh ditanda ketika masih panas menggunakan pewarna makanan dan lidi, kemudian dibiarkan sehingga kering.

Sumber: Nor Afidah

Baca juga: Resipi Kuih Getas, Ikut Tip Ini Supaya Sira Gula Melekat Cantik & Tak Cair

Wan N

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

9 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

10 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

10 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

10 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

13 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

13 hours ago