
Kalau dah selalu makan kuih lopes yang dibuat daripada beras pulut, kali ini jom cuba versi unik iaitu kuih lopes ubi kayu pula.
Rasanya sangat lembut, sedikit kenyal, berlemak santan dan manis dengan air gula melaka yang wangi.
Kuih tradisional ini sangat sesuai dijadikan pencuci mulut ataupun hidangan minum petang bersama keluarga. Jom cuba!
Baca juga: Cara Buat Kuih Kaswi Yang Lembut Bergedik, Ikut Sukatan Macam Ini Confirm Menjadi!
RESEPI KUIH LOPES UBI KAYU

Bahan-bahan kuih lopes:
- 1 kg ubi kayu (diparut, perah buang air dan ambil kanji saja)
- ½ cawan santan pekat
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil gula
(Boleh tambah atau kurangkan santan ikut cita rasa. Kalau suka lebih lembut dan berlemak, tambah sikit lagi. Tapi jangan sampai terlalu cair, nanti ubi susah nak menjadi.)
Cara-cara buat kuih lopes:
- Gaulkan ubi kayu yang diparut bersama santan, garam dan gula hingga sebati. Bungkus adunan dalam daun pisang, kemudian kukus sehingga masak.
- Apabila kuih sudah sejuk, keluarkan dari bungkusan daun pisang dan gaulkan dengan kelapa parut yang digaul sedikit dengan garam.
Bahan-bahan air gula:
- 2 ketul gula melaka
- 3 sudu besar gula merah
- 2½ cawan air
- 1 helai daun pandan
(Jika suka lebih pekat, boleh tambah bancuhan sedikit tepung jagung.)
Cara-cara buat air gula:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan didihkan sehingga gula larut dan kuah menjadi pekat beraroma.
Siap untuk dihidang! Kuih lopes ubi kayu ini memang sedap dimakan sejuk-sejuk dengan air gula melaka yang manis wangi.
Sumber: Siti Zaiton Ahmad
Baca juga: Cara Buat Kuih Lompang, Ikut Sukatan Ini Confirm Jadi Cantik & Berlubang Tengah Elok!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














