
Kuih tradisional seperti kaswi gedik memang digemari ramai kerana manisnya yang sederhana dan teksturnya yang lembut. Kuih ini sesuai dijadikan sajian minum petang atau untuk jamuan keluarga.
Selain rasanya yang sedap, kaswi gedik juga mudah dibuat di rumah. Bahan-bahannya ringkas sahaja dan cara memasaknya tidak renyah. Sesuai untuk sesiapa yang baru nak cuba buat kuih tradisional sendiri.
Baca juga: Cara Buat Kuih Lompang, Ikut Sukatan Ini Confirm Jadi Cantik & Berlubang Tengah Elok!
RESEPI KUIH KASWI GEDIK

Bahan-bahan:
- 1 cawan gula merah (guna serbuk gula merah yang gelap)
- 1 cawan gula putih (boleh kurangkan kepada 3/4 cawan jika nak kurang manis)
- 5 cawan air masak
- Secubit garam
- 1 helai daun pandan
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung ubi
- 2 sudu makan air kapur
- Kelapa putih parut secukupnya, gaul dengan sedikit garam (untuk hiasan)
Cara-cara:
- Masukkan gula merah, gula putih, air, secubit garam dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga gula larut sepenuhnya, kemudian sejukkan.
- Satukan tepung gandum, tepung ubi dan air kapur dalam mangkuk.
- Tuangkan air gula merah yang telah sejuk ke dalam tepung, kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
- Tapiskan adunan ke dalam loyang yang telah dialas plastik atau disapu sedikit minyak.
- Kukus selama 30–40 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
- Biarkan sejuk, kemudian potong-potong kaswi dan gaul dengan kelapa putih parut yang telah dicampur sedikit garam.
- Siap untuk dihidangkan!
Sumber: Norhaslizawaton Eton
Baca juga: Resipi Lepat Liat Nostalgia Utara, Kuih Tradisi Liat Manis Yang Sekali Makan Pasti Nak Lagi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














