
Kalau sebut sahaja kuih sagu gula melaka, mesti ramai yang teringat pencuci mulut klasik yang lemak manis dengan aroma gula melaka dan pandan. Kali ini, jom cuba versi yang lebih menarik iaitu kuih sagu gula melaka purple.
Selain sedap, kuih ini juga nampak cantik bila dihidangkan kerana warna ungu yang terhasil daripada campuran pewarna pink dan biru. Sesuai sangat untuk hidangan majlis atau pencuci mulut hujung minggu bersama keluarga.
Baca juga: Cara Masak Sagu Guna Rice Cooker, Tak Perlu Kacau & Tak Risau Hangit!
RESEPI KUIH SAGU GULA MELAKA PURPLE

Bahan sagu:
- 2 cawan sagu
- 6 cawan air
- Pewarna makanan (campuran pink & biru untuk hasilkan warna ungu)
Bahan kuah:
- 1 tin susu cair
- Gula melaka secukupnya
- ½ cawan air
- 1 helai daun pandan
Cara masak sagu purple:
- Cuci bersih sagu, kemudian rendam bersama campuran pewarna pink & biru (hingga jadi purple) selama kira-kira 30 minit. Toskan.
- Didihkan 6 cawan air dalam periuk.
- Masukkan sagu yang telah direndam ke dalam air mendidih.
- Kacau selalu hingga sagu masak sekata dan tiada lagi biji putih.
- Angkat dan ketepikan.
Cara masak kuah gula melaka:
- Dalam periuk lain, masukkan air, gula melaka dan daun pandan.
- Masak hingga gula melaka larut sepenuhnya. Sejukkan.
Cara hidang:
- Sudukan kuah gula melaka ke dalam gelas atau acuan.
- Masukkan sagu purple yang telah dimasak.
- Tuangkan susu cair di atasnya.
- Sedia untuk dinikmati sejuk-sejuk.
Sumber: Raja Amanina
Baca juga: Cara Masak Sagu Supaya Tak Berketul, Ikut Cara Ni Boleh Tahan 2 Minggu Dalam Peti
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














