batang buruk

Kalau dah jemu dengan snek moden, apa kata cuba buat kuih tradisional pula. Salah satu yang ramai suka ialah kuih batang buruk. Teksturnya rangup di luar dengan inti manis kacang hijau di dalam, memang susah nak berhenti makan.

Menariknya, resipi kali ini ada dua versi kulit, termasuk versi gluten free untuk yang ada keperluan tertentu. Boleh pilih ikut bahan yang ada di rumah. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Kuih Kapit Tradisional Rangup, Nipis & Wangi Santan… ‘Confirm’ Jadi Snek Laku Keras Di Hari Raya

RESEPI KUIH BATANG BURUK

batang buruk

Bahan Kulit Resipi 1 (Versi Gluten Free):

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • Sedikit garam
  • 3/4 cawan santan
  • 1 sudu besar minyak masak

Bahan Kulit Resipi 2:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 2 biji telur
  • 1 cawan santan

Bahan Inti:

  • 2 cawan tepung kacang hijau (disangai)
  • 1 cawan gula aising
  • Sedikit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Cara membuat kulit, campurkan semua bahan mengikut versi pilihan ke dalam satu bekas.
  2. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada tangan.
  3. Canaikan doh nipis dan potong mengikut bentuk batang.
  4. Goreng dalam minyak panas sehingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan minyak.
  5. Cara membuat inti, campurkan tepung kacang hijau yang telah disangai bersama gula ising dan sedikit garam.
    Gaul hingga sebati.
  6. Cara menyalut, salut kulit batang buruk yang telah digoreng tadi dengan campuran inti kacang hijau.
    Gaul hingga semua bahagian bersalut rata.

Sumber: Diana Rahim

Baca juga: Resipi Kuih Kapit Tradisional Rangup, Nipis & Wangi Santan… ‘Confirm’ Jadi Snek Laku Keras Di Hari Raya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN