Categories: Resipi

Resepi Kuih Keria Gebu, Setiap Gigitan Bawa Rasa Yang Sangat Puas!

resepi kuih keria geburesepi kuih keria gebu

Kuih keria antara kuih tradisional yang popular di Malaysia terutama di negeri Melaka. Kali pertama dengar adanya resepi Kuih Keria gebu, memang tak sabar nak cuba di rumah.

Resepi Kuih Keria gebu ini dikongsikan oleh Masni Bahari di Facebook dan ramai tertarik setelah melihat hasilnya yang seakan-akan donat. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Keria Ball, Guna Ubi Keledek Jenis ‘Ini’ Baru Tak Terlembik!

RESEPI KUIH KERIA GEBU

resepi kuih keria geburesepi kuih keria gebu

Bahan-bahan kuih keria:

  • 2 cawan ubi keledek oren
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil yis mauripan

Bahan-bahan sira gula:

  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air

Cara-cara membuat kuih keria:

1. Mula-mula, rebus ubi keledek oren dan lenyekkannya dahulu.

2. Selepas itu, campur tepung gandum, gula, yis mauripan dan garam ke dalam ubi keledek oren yang telah dilenyekkan tadi.

3. Kemudian, uli sampai jadi doh dan pastikan ubi sejuk terlebih dahulu sebelum mengulinya. Jangan sesekali tambah air dan tak apa jika doh lembut. Apabila direhatkan nanti, doh akan jadi elok semula.

4. Setelah itu, rehatkan doh yang sudah diuli selama 1 jam dan jangan lupa tutup doh tersebut.

5. Apabila sudah direhatkan, barulah boleh dibentuk, Ingat, jangan sesekali tambah air atau tepung sebab jika tambah, nanti kuih akan jadi keras.

6. Selepas selesai membentukkannya, rehatkan selama 10 minit.

7. Akhir sekali, bolehlah mula menggoreng dengan menggunakan api sederhana saja sebab kuih ini cepat garing, takut bahagian dalamnya tak masak jika buka api yang kuat. Siap!

Cara-cara membuat sira gula:

1. Mula-mula, masukkan 3 sudu besar gula dan 3 sudu besar air dalam kuali.

2. Selepas itu, masak dengan menggunakan api sederhana dan kacau sehingga berbuih serta bertali.

3. Akhir sekali, masukkan kuih dan gaul dengan sira sehingga sebati. Siap untuk dinikmati!

Anda boleh juga cuba kelainan dalam resepi Kuih Keria gebu ini dengan menggaulnya bersama gula icing dan setiap gigitan membawakan rasa yang sangat puas.

Selamat mencuba!

Sumber: Masni Bahari

Baca juga: Resepi Kuih Keria Keledek Ungu, Tak Sangka Lebih Sedap Dan Lembut!

Aimi

Recent Posts

Buat Sendiri Bread Crumbs Guna Roti Keping, Senang Saja Rupanya!

Serbuk roti atau bread crumbs bahan yang sering digunakan dalam banyak resipi, terutamanya untuk lapisan…

17 hours ago

Nasi Mentah Jangan Dibuang, Rupanya Boleh Diselamatkan Dengan 5 Petua Ini

Semua orang pasti pernah hadapi masalah nasi jelantah iaitu mentah atau kurang masak. Oleh itu,…

19 hours ago

Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata

Nak buat puding cantik dan terbentuk elok bukanlah mudah, tapi tak mustahil jika tahu caranya.…

20 hours ago

Cara Buat Perapan Ayam Bakar Sedap, Sesuai Untuk Wrap, Sandwic & Salad

Cara perap ayam bakar yang sedap ada tekniknya. Jika ingin gunakan dalam sandwic, wrap, atau…

21 hours ago

Resipi Ikan Cencaru Sumbat, Ikut Cara Ini Dijamin Isi Tak ‘Terburai’

Resepi ikan cencaru sumbat ini ada peminatnya! Bila makan sedap tak terkata, tak perlu lauk…

23 hours ago

Beza Chopper Dan Blender, Mana Satu Yang Lebih Sesuai Pakai Di Dapur?

Chopper dan blender merupakan antara peralatan yang wajib ada di dapur. Namun, anda perlu tahu…

23 hours ago