Resepi kuih kaswi merupakan salah satu resipi yang sedang viral di media sosial sekarang.
Bukan bentuknya saja yang cantik, malah teksturnya yang kenyal membuatkan kuih ini digemari ramai.
Jika sebelum ini dah pernah buat kuih kaswi pandan, kali ini jom cuba kuih kaswi versi keledek pula.
Baca juga: Sedap Macam Kaswi Pandan, Ini Tips Kuih ‘Khanom Pheak Phun’ Cantik Berkilat!
1. Kukus keledek sehingga lembut.
2. Kemudian letakkan ke dalam pengisar (blender) atau chopper. Masukkan juga bahan-bahan lain dan kisar sampai semuanya sebati.
3. Sapu acuan dengan minyak. Kemudian tuangkan adunan tadi.
4. Kukus selama 20 minit sehingga masak.
5. Untuk membuat kuah santan pula, satukan semua bahan-bahan kuah santan di atas. Masak sehingga meruap dan pekat.
6. Hidangkan kuih kaswi yang sudah siap dikukus di atas pinggan. Cedokkan kuah santan dan letak ke atas kuih kaswi. Taburkan bijan yang sudah disangai sehingga perang.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nor Aini Abd Rahman
Baca juga: Kuih Kaswi Gula Merah, Kuih ‘Lejen’ Yang Tak Jemu Dimakan
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…