kuih gunting

Walaupun sekarang banyak kuih moden menjelang Hari Raya Aidilfitri, kuih tradisional tetap menjadi pilihan utama kita. Salah satunya adalah kuih gunting ni.

Teksurnya yang rangup dan rasa pedas-pedas manja, memang buat kita ralit makan sampai tak sedar habis sebekas! Memang begitulah penangan kuih gunting.

Kuih ini lagi sedap kalau buat sendiri, sebab boleh ikut rasa pedas dan masin yang kita suka. Kalau nak cuba buat, boleh ikut resipi daripada Puan Salmah Hj Hassan di bawah.

Baca juga: Resipi Biskut Coklat Chip Mudah, Hanya Guna Sebuku Butter Dapat 200 Biji!

RESEPI KUIH GUNTING RANGUP & PEDAS

kuih gunting

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 250 g marjerin
  • 1 biji telur
  • 1 kiub ikan bilis
  • Minyak (untuk menggoreng)
  • 100 g bawang merah
  • 50 g bawang putih
  • 50 g ikan bilis
  • 50 g udang kering
  • Cili kering (ikut cita rasa)
  • 10 g garam
  • 10 g serbuk perasa
  • 200 ml air (untuk mengisar)

Bahan-bahan bertanda * perlu dikisar.

Cara-cara:

  1. Campurkan tepung gandum dengan marjerin, kemudian masukkan telur. Gaul rata.
  2. Masukkan bahan-bahan kisar (bawang merah, bawang putih, ikan bilis, udang kering, cili kering, garam dan perasa). Uli hingga rata. Tambahkan daun kari yang telah dipotong kecil dan terus uli hingga doh tidak melekat pada jari. Pastikan doh tidak terlalu lembek atau terlalu keras.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil atau bulatkan supaya mudah untuk digiling dengan kayu.
  4. Panaskan pan non-stick tanpa minyak sekejap untuk mengeras doh. Sejukkan sekejap sebelum dipotong atau digunting mengikut bentuk yang diinginkan.
  5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan goreng kuih gunting hingga keemasan.
  6. Setelah digoreng, tos kuih gunting dengan tisu untuk menyerap minyak berlebihan.

Sumber: Salmah Hj Hassan

Baca juga: Cara Buat Biskut Arab Susu Guna 4 Bahan, Tekstur Sangat Gebu & Cair Di Mulut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN