Kuih gunting ini adalah sejenis makanan tradisi orang Melayu yang rangup, keras dan sedikit pedas. Kuih ini sangat sesuai dinikmati terutamanya buat korang yang suka buat kudap-kudapan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Fauzi Karim di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KUIH GUNTING

Kuih gunting ini adalah sejenis makanan tradisi orang Melayu yang rangup, keras dan sedikit pedas. Kuih ini sangat sesuai dinikmati terutamanya buat korang yang suka buat kudap-kudapan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Fauzi Karim di Facebook.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A (KISAR)
  • 4 biji bawang besar

  • 2 genggam udang kering

  • 3 sdb jintan kasar

  • 3 sdb jintan putih

BAHAN B
  • 1 kg tepung gandum

  • 4 sdb marjerin Pelangi dipanaskan

  • 1 sdb garam halus

  • 2 genggam daun kari

  • 2 genggam daun sup

  • 2 sdb cili kering kisar

  • Air secukupnya

Kredit: Fauzi Karim

CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan marjerin yang dipanaskan ke dalam tepung gandum dan gaulkannya. Masukkan bahan A dan gaul rata.

  • Masukkan garam, daun sup, daun kari dan cili kisar. Gaul lagi masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

  • Canaikan doh, kalau suka yang nipis boleh canai nipis-nipis.

  • Masak atas pan sekejap sahaja, untuk memudahkan kita gunting nanti.

  • Sedia untuk digunting, ikut suka nak gunting macam mana.

  • Goreng dalam minyak yang panas bersama dengan daun kari. Goreng sehingga kuning keemasan.

  • Tapis dan sejukkan, simpan di dalam bekas kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN