resepi kuih getas lembut

Kalau anda sedang mencari resepi kuih getas lembut yang mudah dan confirm jadi, resipi ini memang wajib cuba.

Kuih tradisional ini antara yang digemari ramai kerana rasanya yang lemak manis, rangup di luar, lembut dan kenyal di dalam.

Rahsia kelembutan kuih ini terletak pada campuran nasi yang dikisar halus bersama adunan tepung. Kelapa parut pula menambah rasa lemak dan aroma yang wangi.

Kuih getas ini enak dimakan begitu sahaja, lebih-lebih lagi jika dihidang sebagai kudapan waktu minum petang. Ditambah pula dengan lapisan gula yang manis dan rangup, memang bertambah sedap!

Baca juga: Resipi Kuih Kering ‘Legend’ Rangup & Manis, Kudapan Mudah Yang Buat Terkenang Zaman Kecil

RESEPI KUIH GETAS LEMBUT

resepi kuih getas lembut

Bahan-bahan:

  • 500 gram tepung pulut (1 kampit)
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 1 cawan nasi sejuk (dikisar halus)
  • 1 biji kelapa parut
  • Sedikit garam
  • Gula untuk sira
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Satukan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut, nasi sejuk kisar dan sedikit garam dalam satu bekas besar.
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga adunan menjadi lembut dan tidak melekat di tangan.
  3. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Ulang hingga adunan habis.
  4. Panaskan minyak secukupnya dengan api perlahan (minyak jangan terlalu panas).
  5. Goreng kuih getas hingga kekuningan dan masak sekata. Angkat dan toskan minyak.

Cara sira gula:

  1. Dalam kuali lain, cairkan gula dengan sedikit air hingga menjadi pekat dan berbuih halus.
  2. Masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Gaul cepat-cepat hingga gula menyelaputi kuih dan mula mengeras.
  3. Angkat dan sejukkan. Kuih getas sedia dinikmati!

Sumber: Hamizah Yatim

Baca juga: Rahsia Buat Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik, Sebalang Memang Tak Cukup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN