
Kuih Kering merupakan salah satu snek tradisional yang masih kekal digemari hingga ke hari ini. Ada juga yang mengenalinya dengan nama Tetulik. Rasanya yang rangup dan manis sering mengimbau kenangan zaman dahulu.
Bukan hanya digemari oleh golongan dewasa, malah kanak-kanak juga suka akan kuih ini. Teksturnya yang rangup di luar, disalut dengan lapisan gula yang nipis, menjadikan kuih ini cukup memikat selera.
Baca juga: Resipi Kuih Gunting Yang Rangup & Pedas-Pedas Manja, Krup Krap Tak Cukup Sebalang!
RESEPI KUIH KERING ATAU TETULIK

Bahan-bahan:
- 500 g tepung pulut
- 10 biji telur (bergantung pada gred telur. Jika doh terlalu keras, tambah telur. Jika terlalu lembik, tambah tepung)
- Sedikit soda bikarbonat
Cara Penyediaan:
- Satukan tepung pulut dengan soda bikarbonat.
- Pecahkan telur satu persatu ke dalam tepung.
- Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat dan tidak terlalu keras. Cukup sekadar boleh dibentuk.
- Bentuk doh mengikut kreativiti. Boleh buat bentuk bulat, panjang atau pretzel. Untuk tujuan jualan, bentuk pretzel lebih menarik. Kadang-kadang kuih ini juga dipanggil pretzel kampung.
- Selepas dibentuk, rendam dalam minyak masak yang masih sejuk (belum dipanaskan).
- Goreng menggunakan api kecil. Elakkan guna api besar kerana kuih boleh meletup dan bentuknya tidak cantik.
- Setelah masak dan sejuk, sira dengan gula mengikut cita rasa.
Sumber: Emma Skinbyrd
Baca juga: Cara Buat Kuih Bahulu Legend Yang Gebu & Ringan, Resipi Turun-Temurun 4 Generasi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














