resepi kuih cucur jawa

Resepi kuih cucur jawa memang terkenal kerana teksturnya yang lembut dan rasa lemak manis yang menyelerakan. Kuih ini sesuai untuk sarapan, minum petang, atau dijadikan menu jualan.

Kuih tradisional ini dibuat daripada campuran tepung beras dan tepung gandum, digoreng dalam minyak panas dan biasanya menggunakan gula merah untuk memberikan rasa manis serta warna yang cantik.

Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Keledek Ungu, Tanpa Santan & Air Kapur Tapi Tetap Kenyal

RESEPI KUIH CUCUR JAWA GUNA SUKATAN CAWAN

resepi kuih cucur jawa

Bahan-bahan A:

  • 1 cawan tepung beras (tidak kisah jenama)
  • 1 cawan tepung gandum (tidak kisah jenama)

Campurkan kedua-dua tepung ke dalam satu bekas.

Bahan-bahan B:

  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan gula perang (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
  • 1/2 cawan gula merah (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Satukan air suam, gula perang, gula merah dan garam. Kacau sehingga gula larut dan sejuk sedikit.
  2. Tapis campuran gula ke dalam campuran tepung, kemudian kacau hingga sebati dan hancur. Simpan adunan dalam bekas bertutup. Biarkan pada suhu bilik.
  3. Boleh perap lebih dari 5 jam atau buat malam sebelumnya untuk digoreng pagi esok.
  4. Panaskan minyak dalam kuali secukupnya. Bila minyak sudah panas, tuang adunan tepung.
  5. Goreng satu persatu hingga sehingga adunan habis.
  6. Angkat dan toskan minyak. Hidangkan panas-panas untuk rasa paling sedap.

Sumber: Missz Amira

Baca juga: Resipi Kuih Koci Labu Leleh, Versi Tanpa Bungkus Tapi Tetap Wangi Daun Pisang!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN