Kuih bom pisang ini kelihatan sama seperti cekodok pisang, tetapi sebenarnya tidak sama. Tekstur kuih ini rangup di luar dan lembut di dalam seperti kek pisang.
Jika ada yang belum pernah mencuba kuih bom pisang ini, jom cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi oleh Puan Lina Thomas di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Rahsia Cekodok Pisang Gebu, Lemak Manis & Wangi! Guna Susu Cair Bukan Air Biasa
RESEPI KUIH BOM PISANG
Bahan-bahan:
- 6 biji pisang montel
- 6 sudu besar gula perang
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu besar yis
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- Air secukupnya
Cara-cara:
- Lenyekkan 6 biji pisang sehingga lumat. Kemudian, letakkan gula perang dan garam. Gaul sehingga semua bahan sebati dan bercampur rata.
- Selepas itu, masukkan yis, baking soda, tepung gandum dan air secukupnya.
- Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan terlalu cair. Macam bancuh adunan untuk buat cekodok.
- Gaul sehingga semua bahan sebati. Tutup mangkuk dengan kain dan perap selama 20 minit.
- Selepas 20 minit, gaul sebati sekali lagi dan goreng menggunakan api sederhana besar.
- Sambil goreng, lenggangkan dengan skimmer supaya bom pisang bulat dan masak sama rata.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Lina Thomas
Baca juga: Resipi Cekodok Manis Rangup, Ini Rahsia Bulat Elok & Tak Serap Minyak