Jika anda merupakan salah orang peminat kuey teow, pasti pernah dengar tentang resepi Kuey Teow Thng yang cukup popular di Pulau Pinang bukan?
Sesetengah orang sangat sukakan hidangan berkuah untuk minum petang, jadi Kuey Teow Thng adalah pilihan yang paling tepat.
Kuey Teow Thng merupakan hidangan kuey teow yang cukup enak dinikmati dengan kuah manis bersama lauk sampingan lain yang sungguh lazat.
Jika belum pernah memakannya, anda wajib cuba resepi Kuey Teow Thng yang dikongsikan oleh Norhidayah Mohd Aripin di Facebook ini.
Baca juga: Resipi Char Kuey Teow Penang Sedap & Mudah, Tak Cukup Sepinggan Dibuatnya!
Bahan-bahan:
Bahan-bahan air rebusan ayam:
Bahan-bahan kuah:
Cara-cara penyediaan air rebusan ayam:
1. Rebus ayam sehingga menggelegak, kemudian keluarkan bahagian air rebusan berkeladak berwarna coklat bahagian atas air rebusan dengan menggunakan senduk.
2. Apabila air rebusan sedikit jernih, masukkan semua bahan dan biarkan seketika.
3. Keluarkan bahan dan ketepikan air rebusan.
4. Carik isi ayam dan ketepikan.
Cara-cara penyediaan kuah:
1. Goreng sekejap jejari ikan yang dah dipotong nipis.
2. Menggunakan minyak masak yang sama, tumis 2 hingga 3 ulas bawang putih dan 2 hiris halia.
3. Masukkan air rebusan ayam, cuka, minyak bijan dan minyak bawang putih.
4. Masukkan bebola ikan atau ayam dan biarkan mendidih, kemudian letak gula, garam dan perasa secukupnya.
5. Akhir sekali, masukkan kuey teow yang telah dicelur. Siap untuk dihidang!
Anda boleh jadikan resepi Kuey Teow Thng ini sebagai hidangan tengah hari atau minum petang buat seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Norhidayah Mohd Aripin
Baca juga: Resipi Kuey Teow Sup Ala Kopitiam, Rahsia Buat Minyak Bawang Putih Yang Sedap
Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…
Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…
Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…
Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…
Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…
Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…