resepi kuey teow sup

Sedapnya resepi kuey teow sup ayam ini! Nak masak pun sangat mudah. Dalam masa yang singkat, dah boleh siap dimasak.

Tak ada ayam dekat rumah? Jangan risau, boleh sahaja gantikan dengan daging. Memang sedap dan pasti layan habis!

Resipi yang dikongsi oleh Cik Puan Asrah Ali ini sangat sesuai dijadikan sajian keluarga pada bila-bila masa.

Pasti kena dengan selera semua. Jadi, jangan lupa untuk cuba memasaknya sendiri di rumah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Menggoreng Bergedil Supaya Tak Hancur, Barulah Sedap Dan Perfect!

RESEPI KUEY TEOW SUP AYAM

resepi kuey teow sup

Bahan kisar/tumbuk:

  • 5 biji bawang ros
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia sepanjang 1 inci

Bahan lain:

  • Isi ayam / daging (ikut citarasa korang)
  • 1 paket kecil serbuk Masako
  • 2 batang akar ketumbar
  • 2 biji buah keras
  • 2 sudu makan rempah sup
  • Air secukupnya (untuk daging, guna air rebusan daging)
  • 4 sekawan
  • Minyak masak
  • Cukup rasa

Bahan hiasan:

  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dulu. Bila minyak dah panas, masukkan ayam yang dipotong kecil dan goreng sikit sampai keluar air ayam.
  2. Masukkan 4 sekawan, akar ketumbar, dan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau wangi.
  3. Masukkan rempah sup (2 sudu besar) dan serbuk Masako (1 paket kecil). Goreng sikit bagi naik bau.
  4. Masukkan air secukupnya. Kalau nak kuah banyak, letak air lebih. Kalau pakai daging, masukkan air rebusan daging je. Biarkan mendidih sekejap, lepas tu masukkan perasa dan seimbangkan rasa.
  5. Bila dah siap, taburkan hiasan daun bawang, daun sup, daun ketumbar, dan bawang goreng kat atas sup.

Sumber: Cik Puan Asrah Ali

Baca juga: Resipi Popia Bergedil Padu Tak Bergantung Pada Sambal Kicap, Inti Pun Main Peranan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN