kuey teow basah

Kalau sebut pasal kuey teow basah, memang ramai yang suka sebab rasanya pedas manis dengan kuah pekat yang menyelaputi setiap helai kuey teow.

Menu ini bukan saja terkenal di kedai makan, malah senang juga kalau nak masak sendiri di rumah.

Nak buatnya pun tak susah, bahan asas dapur pun dah cukup. Kalau pandai seimbangkan rasanya, confirm hasilnya sedap macam makan di restoran!

Baca juga: Resipi Kuetiau Kungfu Ekstra Sayur, Lagi Puas Makan Bila Masak Sendiri!

RESEPI KUEY TEOW BASAH

kuey teow basah

Bahan-bahan tumis:

  • 2 biji bawang kecil (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)

Bahan-bahan lain:

  • 2 bungkus kuey teow (dibasuh)
  • 1 ikat sayur kucai
  • Sotong secukupnya
  • Fishcake/fishball secukupnya
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji telur
  • Minyak masak, gula, garam & serbuk perasa secukupnya

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan sos cili, sos tiram dan cili giling. Masak seketika hingga pecah minyak.
  2. Masukkan fishcake, fishball dan sotong. Tuangkan sedikit air supaya lebih berkuah dan terus perasakan dengan gula, garam serta serbuk perasa.
  3. Masukkan kuey teow, kicap manis dan kucai. Gaul rata dan masak sekejap sahaja.
  4. Pecahkan telur, kacau rata kemudian terus tutup api. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Hawa Mohd Amin

Baca juga: Cara Simpan Mi Kuning, Kuetiau & Laksa, Boleh Tahan Sampai 3 Minggu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN