Categories: Resipi

Resipi Kuah Rojak Petis Pekat & Tahan Lama, Rupanya Ada ‘Petua’ Kena Ikut!

Resepi kuah rojak petis ini memang pekat dan padu, sesuai dinikmati bersama keluarga besar atau dijadikan menu untuk berniaga.

Gabungan rasa manis, masam, pedas dan lemak dari kacang serta bijan sangai menjadikan kuah ini sangat istimewa.

Ia boleh dinikmati bersama buah-buahan segar seperti mangga muda, nanas dan jambu. Kuah ini juga enak dihidangkan bersama sotong kangkung atau tauhu bakar.

Dengan bahan-bahan yang mudah didapati, anda boleh mencuba sendiri di rumah dan menyesuaikan rasanya mengikut cita rasa masing-masing.

Baca juga: Kuah Mee Rojak Ayam, Tengok Pun Boleh Buat Selera Terangkat Punya!

RESEPI KUAH ROJAK PETIS

Bahan-bahan:

  • 6 sudu besar cili kering kisar (boleh laras mengikut tahap kepedasan yang diingini)
  • 1 botol besar kicap manis
  • 2 kg gula
  • 1 buku kecil belacan
  • ½ bekas petis udang
  • 1 botol air (guna botol kicap tadi sebagai sukatan)
  • Sedikit ajinomoto (pilihan, boleh letak atau tidak)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Masak atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan likat.
  3. Kacau selalu supaya tidak berketul atau hangit di bahagian bawah.
  4. Setelah masak, biarkan kuah sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas simpanan.

Tip penyimpanan & hidangan:

  • Simpan kuah dalam peti sejuk untuk tahan lama kerana tiada bahan pengawet.
  • Untuk kekalkan rasa yang segar dan tahan lama, kacang tanah dan bijan tabur hanya ketika hendak dihidangkan.
  • Masak atas api sederhana dan kacau kerap supaya kuah tidak berbuih terlalu banyak apabila mendidih.

Sumber: Izzati Azahar

Baca juga: Jom Buat Sendiri Kuah Rojak Buah Padu, Tak Guna Tepung Tapi Tetap Pekat Likat!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago