
Resepi kuah rojak petis ini memang pekat dan padu, sesuai dinikmati bersama keluarga besar atau dijadikan menu untuk berniaga.
Gabungan rasa manis, masam, pedas dan lemak dari kacang serta bijan sangai menjadikan kuah ini sangat istimewa.
Ia boleh dinikmati bersama buah-buahan segar seperti mangga muda, nanas dan jambu. Kuah ini juga enak dihidangkan bersama sotong kangkung atau tauhu bakar.
Dengan bahan-bahan yang mudah didapati, anda boleh mencuba sendiri di rumah dan menyesuaikan rasanya mengikut cita rasa masing-masing.
Baca juga: Kuah Mee Rojak Ayam, Tengok Pun Boleh Buat Selera Terangkat Punya!
RESEPI KUAH ROJAK PETIS

Bahan-bahan:
- 6 sudu besar cili kering kisar (boleh laras mengikut tahap kepedasan yang diingini)
- 1 botol besar kicap manis
- 2 kg gula
- 1 buku kecil belacan
- ½ bekas petis udang
- 1 botol air (guna botol kicap tadi sebagai sukatan)
- Sedikit ajinomoto (pilihan, boleh letak atau tidak)
Cara-cara:
- Satukan semua bahan ke dalam periuk.
- Masak atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan likat.
- Kacau selalu supaya tidak berketul atau hangit di bahagian bawah.
- Setelah masak, biarkan kuah sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas simpanan.
Tip penyimpanan & hidangan:
- Simpan kuah dalam peti sejuk untuk tahan lama kerana tiada bahan pengawet.
- Untuk kekalkan rasa yang segar dan tahan lama, kacang tanah dan bijan tabur hanya ketika hendak dihidangkan.
- Masak atas api sederhana dan kacau kerap supaya kuah tidak berbuih terlalu banyak apabila mendidih.
Sumber: Izzati Azahar
Baca juga: Jom Buat Sendiri Kuah Rojak Buah Padu, Tak Guna Tepung Tapi Tetap Pekat Likat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














