Categories: Resipi

Kek Lapis Cempedak Beraroma, Harumnya Buat Suami Puji Berbakul-Bakul

Dari jauh pun sudah terhidu harum cempedak yang memikat selera. Bayangkan aroma itu berpadu dengan kelembutan kek, lahirlah resipi Kek Lapis Cempedak yang sungguh istimewa.

Kek Lapis Cempedak mempunyai lapisan yang gebu dan lemak, diselang-selikan dengan puri cempedak yang harum semerbak, buat sesiapa pun tak sabar nak potong dan rasa.

Oleh kerana sekarang musim cempedak, anda boleh buat kelainan dengan resipi Kek Lapis Cempedak yang dikongsikan oleh Rozzan melalui blognya. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Lapis Asam Manis Acuan Lompang, Comel Begini Senang Nak Ngap!

RESIPI KEK LAPIS CEMPEDAK

Bahan A:

  • 500g mentega
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen cempedak (optional)
  • 1 sudu teh esen vanilla

(Pukul semua bahan ini dengan kelajuan tinggi sehingga sebati dan gebu.)

Bahan B:

  • 20 kuning telur
  • 5 putih telur
  • 270g gula kastor (halus)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 120g tepung hong kong
  • 20g tepung susu
  • 150g puri cempedak*

Bahan untuk puree cempedak:

  • 600g isi cempedak (dibuang biji)
  • 220g gula kastor atau halus
  • 220ml air

(Kisar semua bahan sampai halus, kemudian masak atas api sehingga pekat. Kacau selalu supaya tak hangus.)

Cara-cara membuat:

1. Pukul telur, gula kastor, dan ovalette dengan kelajuan tinggi sampai adunan kembang dan pekat.

2. Masukkan Bahan A ke dalam adunan telur, kacau rata.

3. Masukkan tepung hong kong dan tepung susu sedikit demi sedikit, kacau sebati.

4. Masukkan 150g puree cempedak, kacau rata.

5. Sediakan loyang 10” x 7” atau 8” x 8”, alas dengan kertas dan gris kelilingnya.

6. Lapisan pertama: bakar dengan api atas dan bawah pada suhu 170 hingga 180°C selama 5 minit, kemudian tukar api atas saja sampai kekuningan.

7. Lapisan kedua: bakar seperti biasa, kemudian ratakan 2 hingga 3 sudu besar puri cempedak di atasnya, bakar sampai puri kering.

8. Ulang proses ini, setiap 2 lapisan, bubuh puri cempedak.

9. Lapisan terakhir: kecilkan suhu ke 130 hingga 140°C, buka api atas dan bawah, bakar 10 hingga 15 minit sampai masak sempurna.

Tips untuk rasa lebih lemak, sapu sedikit mentega cair pada setiap lapisan kek yang plain (tanpa puri). Jika rajin, boleh bubuh puri pada setiap lapisan.

Selamat mencuba!

Sumber: Rozzan Blogspot

Baca juga: Resepi Kek Lapis Dilwale, Makan Sampai Terbayang Filem Bollywood!

Aimi

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

55 mins ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

2 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

2 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

3 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

5 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

6 hours ago