resepi kuah pasembur

Resepi kuah pasembur yang asli dari Pulau Pinang memang terkenal dengan rasa manis, pedas dan masam yang seimbang. Kuah yang pekat dan wangi ini jadi rahsia membuat pasembur lebih sedap dan menggoda selera.

Kuah pasembur ini sesuai dipadankan dengan pelbagai lauk seperti cucur udang, tauhu goreng, telur rebus, ubi kentang goreng, timun, sengkuang dan bahan-bahan lain yang disukai.

Resipi di bawah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook, Oh Ki Na. Difahamkan resipi ini dipelajari daripada arwah ibunya. Siapa yang nak cuba, jom lihat resipi penuh!

Baca juga: Resipi Laksa Kedah Sedap, Ada Bahan Penting Yang Buat Kuah Pekat Likat, Berlemak Dan Wangi

RESEPI KUAH PASEMBUR

resepi kuah pasembur

Bahan-bahan:

  • Biskut marrie, satu pek anggaran 200 gram (rendam dalam air sehingga kembang dan hancurkan dengan garfu, tidak perlu kisar)
  • Serbuk cili dua sudu besar (lebihkan jika suka pedas)
  • Pes asam jawa satu setengah sudu besar (ikut tahap keasidan yang disukai)
  • Gula merah setengah senduk
  • Gula putih setengah senduk (boleh kurangkan jika suka manis sederhana)
  • Kacang tanah tumbuk, satu perempat cawan
  • Garam secukup rasa
  • Air lima cawan
  • Pewarna merah oren (untuk kuah lebih menarik)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan air dan serbuk cili ke dalam periuk. Masak sehingga bau cili hilang. Kemudian, masukkan pes asam jawa, gula dan garam.
  2. Apabila kuah mendidih, masukkan biskut marrie yang telah dihancurkan bersama kacang tumbuk. Kacau menggunakan hand whisk sehingga biskut hancur sepenuhnya dan kuah mula pekat.
  3. Masak kuah sehingga konsistensi likat dan pekat. Tambah pewarna jika suka untuk kuah lebih menarik.
    Kuah pasembur kini sedia dihidang bersama cucur udang, tauhu goreng, telur rebus, ubi kentang goreng, timun, sengkuang dan bahan-bahan lain yang disukai.

Sumber: Oh Ki Na

Baca juga: Cara Buat Nasi Kandar Simple Di Rumah, Confirm Sedap Macam Dekat Kedai!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN