
Banyak pilihan kuih tradisional yang sedap dan tak jemu dimakan dan salah satunya ialah Kuih Kaswi Gedik. Apabila makan dengan kelapa parut, terus teringat suasana kampung.
Kuih Kaswi merupakan sejenis kuih tradisional yang terkenal dengan tekstur lembut, kenyal dan rasa manis lemak hasil daripada campuran gula merah dengan tepung.
Perkongsian resipi oleh Wan Rasifah Miarhamzah begitu menarik sampai jadi perhatian ramai di Facebook. Ikut sukatan yang betul, kuih kaswi boleh siap dengan cantik. Jom kita cuba!
Baca juga: Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!
RESIPI KUIH KASWI GEDIK

Bahan-bahan:
- 5 cawan air
- 1 cawan gula merah (pilih yang kehitaman untuk rasa lebih padu)
- 1 cawan gula putih
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh kapur makan
- ½ cawan tepung ubi
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masak air bersama gula merah dan gula putih sampai larut.
2. Apabila sudah suam, masukkan kapur makan.
3. Kemudian, campurkan dengan tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata dengan whisk sampai sebati.
4. Selepas itu, tapis adunan ke dalam loyang yang sudah disapu minyak.
5. Akhir sekali, kukus sampai masak. Siap untuk dinikmati!

Di kampung, kuih kaswi selalu dihidangkan sewaktu kenduri, jamuan atau dijadikan juadah minum petang. Makan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam, memang sedap tak terkata.
Cara membuatnya sangat mudah dan boleh buat pada bila-bila masa di rumah. Dengan bahan ringkas, kuih tradisional ini boleh jadi hidangan istimewa untuk keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Wan Rasifah Miarhamzah
Baca juga: Kaswi Pandan Versi Mudah, Guna Resipi Ini Dapat Hasil Lembut Bergedik
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














