resepi kuah lontong sedap

Sebut saja lontong, pasti terbayang mangkuk berkuah sayur yang wangi dan sarat dengan isi. Kalau tiba-tiba teringin, bolehlah cuba resepi Kuah Lontong sedap yang mudah disediakan.

Lontong ialah hidangan tradisional yang menggunakan nasi impit sebagai asas, biasanya dipotong kecil dan dimakan bersama kuah sayur berempah. Ia popular di Malaysia, Indonesia dan Singapura, terutama sebagai hidangan sarapan atau menu perayaan.

Ramai tertarik dengan perkongsian resepi Kuah Lontong sedap oleh Sha Naura Aisya di Facebook yang warna kuahnya sungguh cantik. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Rebus Nasi Impit Cepat & Jimat Gas, Sesuai Untuk Hari Raya Atau Kenduri!

RESEPI KUAH LONTONG SEDAP

resepi kuah lontong sedap

Bahan-bahan:

  • ¼ biji kubis
  • 1 batang lobak merah (dipotong panjang)
  • 9 batang kacang panjang
  • 1 ikat suhun
  • 1 keping fucuk (dipotong panjang)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 keping tempe (dipotong dadu dan digoreng dahulu)
  • 1 cawan udang hidup
  • ½ biji kelapa parut
  • Garam, gula, serbuk perasa
  • Serbuk kunyit

Bahan kisar:

  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • i inci halia
  • 2 sudu besar udang kering

Cara-cara masak:

  1. Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
  2. Selepas itu, masukkan udang dan sayur-sayuran yang keras.
  3. Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
  4. Masukkan kunyit sampai warna nampak cantik, semua sayur, suhun dan tempe yang digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api perlahan saja.
  5. Akhir sekali, masukkan gula, garam dan serbuk perasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Sha Naura Aisya

Baca juga: Resepi Lontong Kuah Lodeh Yang Padu, Confirm Hirup Kuah Sampai Licin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN