ketam rasam

Ketam rasam merupakan masakan yang berasal dari negara selatan India. Sup ketam ini sangat wangi dan mempunyai aroma yang berempah. 

Salah satu bahan yang digunakan dalam masakan ini adalah air kelapa. Gandingan rasa manis air kelapa itu sangat ngam dengan rasa manis ketam.

Sup ini juga sangat sesuai dimakan sewaktu demam. Tekak auto rasa lega! Kalau makan tanpa nasi pun layan sebab rasa sup ini lain dari lain.

Jika ada nak cuba, jom ikuti resipi perkongsian oleh seorang pengguna laman sosial Twitter bernama Mei di bawah.

Baca juga: Tips Pilih Ketam Berisi & Penuh Telur, Baru Berbaloi Beli!

RESIPI KETAM RASAM

ketam rasam

Bahan-bahan tumbuk:

  • 1tbsp lada itam
  • 1tbsp biji ketumbar
  • 1tbsp jintan manis
  • 3 ulas bawang rose
  • 4-5 ulas bawang putih tanpa buang kulit

Bahan-bahan lain:

  • 3-4 ekor ketam (belah 2)
  • 3-4 cili kering (potong)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 cawan air
  • 1 biji air & isi kelapa muda
  • Serbuk kunyit
  • Air asam jawa (bancuh 2tbsp)
  • Daun ketumbar
  • Garam

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk bersama cili kering dan daun kari sehingga wangi.

2. Masukkan 1 cawan air. Kacau seabati.

3. Kemudian masukkan pula ketam dan air kelapa. Kacau sebati.

4. Tambahkan garam dan air asam jawa. Sebelum tutup api, masukkan daun ketumbar.

Selamat mencuba!

ketam rasam

Kredit resipi dan gambar: Twitter @prettylupins

Baca juga: Doktor Ini Kongsi Khasiat Ketam Supaya Mak Mak Tahu, Bantu Kuatkan Otak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN