kerutuk ayam

Kerutuk ayam adalah hidangan yang popular dan berasal dari negeri pantai timur iaitu Kelantan. Ia merupakan hidangan ayam yang dimasak dalam kuah pekat yang kaya dengan rempah dan santan, memberikan cita rasa yang unik dan lazat.

Kerutuk ayam sering dihidangkan dengan nasi panas, nasi minyak atau pulut kuning. Kadang-kadang disajikan di majlis-majlis khas, kenduri, atau perayaan keagamaan. Ia merupakan hidangan yang amat disukai oleh masyarakat Malaysia, terutama mereka yang gemar akan hidangan berkuah dan berempah.

Kalau ada yang ingin cuba memasak kerutuk ayam ini, jom kita pelajarinya menerusi resipi yang dikongsikan oleh Saudara Muliadi Ramli di bawah.

Baca juga: Sambal Pauh Kelantan, Cara Orang Lama Yang Terangkat & Kecur Air Liur!

RESEPI KERUTUK AYAM

Bahan-bahan:

  • 4.2 kg ayam

Bahan kisar halus:

  • 4 biji bawang besar
  • 12 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ½ inci halia
  • 2 ½ inci lengkuas
  • 1 inci kunyit besar

Bahan rempah:

  • 5 sudu besar rempah kerutuk
  • 1 pek kecil rempah masak cap bunga rose

Bahan tumis:

  • Rempah 4 sekawan
  • Minyak untuk menumis
  • 1 biji bawang besar – dimayang
  • 3 biji bawang merah – dimayang
  • 5 sudu besar cili boh

Bahan lain:

  • 2 kotak kecil santan
  • 3 sudu besar kerisik
  • ½ kerek besar nissey
  • Garam secukup rasa
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 5 biji cili besar merah – dibelah 2 atau dipotong
  • 5 biji cili besar hijau – dibelah 2 atau dipotong
  • 2 biji bawang besar – dibelah

Cara memasak:

1. Tumis 4 sekawan hingga naik bau.

2. Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan bawang yang dimayang, tumis lagi hingga garing.

4. Seterusnya masukkan pula bahan kisar halus, tumis hingga naik bau dan masak cili hingga pecah minyaknya.

5. Masukkan rempah, tumis hingga sebati dan pecah minyak.

6. Kemudian, masukkan 1 cawan air, tumis lagi hingga mendidih.

7. Masukkan santan pekat, kacau sebati. Masukkan gula melaka/nissey dan air asam jawa. Masak hingga kuah pekat.

8. Bila kuah dah pekat, masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Renehkan dengan api kecil selama 20 minit lagi hingga kuah pekat.

9. Masukkan lada besar dan bawang besar, kacau-kacau. Siap dan tutup api.

kerutuk ayam

RESEPI PULUT KUNING

Bahan-bahan:

  • 2kg beras pulut
  • 2 biji kelapa
  • 4 helai daun pandan
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 3 asam keping
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Beras dibersihkan kemudian direndam dengan serbuk kunyit dan asam keping selama 8 ke 10 jam.

2. Kemudian, bersihkan beras tadi dan toskan. Masukkan dalam pengukus, letak daun pandan supaya wangi. Kukus selama 25 minit.

3. Santan perlu dimasukkan garam dan sedikit gula, biar rasa macam terlebih masin, nanti barulah pulut kita rasa berlemak. Kalau tak, pulut kita tawar je nanti.

4. Keluarkan pulut dari kukusan. Campurkan dengan santan, kacau perlahan atau arong. Jangan tekan-tekan pulut tu, kacau-kacau manja je, bagi serap semua santan.

5. Kukus lagi sekali selama 10 ke 15 minit. Siap. Tutup api.

6. Ada yang kukus sekali je, campur santan terus siap. Cara saya, kukus 2 kali supaya pulut tahan lama dan tidak cepat basi.

kerutuk ayam

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Baca juga: Jom Food Hunting Ke 13 Kedai Makan Famous Di Kelantan Ini, Sedap-Sedap ‘Belako’!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN