Categories: Resipi

Resipi Keria Kentang Manis Bersalut Gula, Tak Sangka Guna Ubi Jenis Ini Pun Sedap Hasilnya

Resepi keria kentang ini sesuai dicuba kalau ada lebihan kentang di dapur. Daripada dibiarkan lama hingga rosak, apa kata olah menjadi kuih keria kentang yang lembut, gebu dan sedap dimakan bersama salutan gula yang manis.

Biasanya kuih keria dibuat menggunakan ubi keledek, tetapi versi kentang ini tidak kurang enaknya. Teksturnya lembut di bahagian dalam, manakala lapisan gula di luar memberikan rasa manis yang cukup menyelerakan.

Resipi ini juga sangat mudah kerana hanya menggunakan beberapa bahan asas seperti kentang, tepung gandum dan sedikit marjerin. Sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang bersama keluarga.

Baca juga: Cara Buat Kuih Keria Pistachio Yang Gebu & Rangup Di Luar, Tak Keras Walaupun Sejuk!

RESEPI KERIA KENTANG

Bahan-bahan keria kentang:

  • 5 biji kentang
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar marjerin (pilihan)

Nota: Jika menggunakan marjerin yang sudah mempunyai rasa masin, tidak perlu tambah garam lagi. Marjerin hanya digunakan untuk memberikan rasa lebih berlemak pada kuih.

Bahan-bahan sira gula:

Nota: Sukatan gula dan air perlu sama banyak. Kuantiti boleh ditambah mengikut jumlah keria yang dibuat.

Cara-cara penyediaan keria kentang:

  1. Basuh kentang hingga bersih, kemudian rebus sehingga betul-betul empuk.
  2. Setelah kentang masak, lenyekkan sehingga halus dan sebati.
  3. Masukkan marjerin dan lenyek sekali lagi supaya bercampur rata. Biarkan adunan kentang sejuk terlebih dahulu.
  4. Selepas sejuk, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat.
  5. Sapukan sedikit minyak pada tangan supaya lebih mudah membentuk doh. Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti kuih keria atau bentuk cincin seperti donat.
  6. Panaskan minyak dan goreng keria menggunakan api sederhana besar sehingga keperangan. Angkat dan biarkan sejuk sedikit sebelum disira gula.

Cara buat sira gula keria:

  1. Masukkan gula pasir dan air ke dalam kuali.
  2. Kacau sehingga gula larut dan biarkan mendidih hingga berbuih.
  3. Masukkan kuih keria yang sudah digoreng dan gaul rata.
  4. Apabila gula mula mengering dan kelihatan bersalut pada permukaan keria, tutup api.
  5. Teruskan menggaul sehingga salutan gula menjadi kering dan nampak putih berkilat pada kuih.
  6. Keria kentang siap dinikmati.

Tip: Pastikan keria digoreng dan disejukkan sedikit sebelum dimasukkan ke dalam sira gula supaya salutan gula lebih mudah melekat dan cantik. Selamat mencuba!

Sumber: Riesha Liena

Baca juga: Kuih Tepung Talam Pandan Lembut Berlapis, Rupanya Ini Rahsia Santan Tak Merekah

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

6 hours ago