resepi kerang goreng

Kalau anda sedang mencari resepi kerang goreng yang simple, cepat dan paling penting rangup gila sampai tak cukup satu pinggan, ini memang antara resepi yang wajib anda cuba. Dengan bahan asas yang mudah didapati di dapur, hasilnya boleh jadi lauk atau kudapan yang buat orang makan tak berhenti.

Menariknya, versi resepi kerang goreng tepung ini pernah viral di media sosial selepas ramai berkongsi betapa sedapnya hidangan ini walaupun asalnya ramai tak begitu gemar makan kerang. Bila digoreng dengan tepung, tekstur berubah jadi rangup di luar dan juicy di dalam, terus “level up” jadi menu kegemaran ramai.

Baca juga: Cara Buat Sotong Goreng Tepung Simple Hanya Dengan 5 Bahan, Sesuai Untuk Menu Berbuka Ekspres!

RESEPI KERANG GORENG TEPUNG VIRAL

resepi kerang goreng

Bahan-bahan:

  • Isi kerang secukupnya
  • Tepung gandum atau tepung goreng ayam
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

1. Bersihkan Isi Kerang Sampai Betul-Betul Suci

Pastikan isi kerang dibasuh bersih untuk hilangkan pasir dan bau hanyir. Langkah ini penting untuk hasil akhir yang lebih sedap.

2. Toskan Sampai Betul-Betul Kering

Ini rahsia utama kerang goreng rangup. Lagi kering isi kerang, lagi cantik tepung melekat dan hasilnya lebih garing.

3. Salut Dengan Tepung

Masukkan tepung dalam bekas bertutup, kemudian masukkan isi kerang dan goncang sampai semua bersalut sekata.

4. Panaskan Minyak Hingga Betul-Betul Panas

Minyak yang cukup panas akan bantu kerang cepat garing tanpa menyerap terlalu banyak minyak.

5. Goreng Tanpa Kacau Terlebih Dahulu

Masukkan kerang ke dalam minyak dan biarkan dulu sampai bahagian luar mula rangup. Jangan terus kacau.

6. Gaul Perlahan Bila Dah Keemasan

Bila nampak warna keemasan, baru gaul perlahan supaya semua masak sekata dan rangup sempurna.

7. Angkat & Toskan

Angkat dan toskan minyak. Hidang panas-panas memang paling sedap!

Tips Rahsia Resepi Kerang Goreng Lagi Sedap & Rangup

Kalau nak hasil lebih padu, anda boleh tambah:

  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk cili
  • Paprika
  • Sedikit tepung beras (extra rangup!)
  • Sos Pencicah Paling Ngam

Hidangkan bersama:

  • Sos cili
  • Mayonis pedas
  • Sambal kicap
  • Memang confirm tak cukup satu pinggan!

Ramai yang sebelum ini kurang gemar makan kerang kerana bau hanyir atau tekstur lembik. Tapi bila dibuat versi goreng tepung, terus berubah jadi makanan yang rangup, sedap dan lebih “friendly” untuk semua.

Ada yang kata, sekali cuba terus jadi menu ulang buat sebab terlalu sedap. Bahkan yang tak suka kerang pun boleh jatuh cinta dengan versi ini!

Kalau anda ada stok kerang di rumah, resepi kerang goreng ini memang patut dicuba hari ini juga. Mudah, cepat dan hasilnya memang padu — sesuai untuk lauk makan malam atau kudapan santai.

Sekali makan, memang susah nak berhenti. Hati-hati, nanti confirm kena tambah nasi!

Selamat mencuba!

Sumber: jie._.eja

Baca juga: Terung Celup Tepung Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Resipi Mudah Guna 4 Bahan Sahaja

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN