resepi kerang bakar

Jom cuba resepi kerang bakar ala di medan Parameswara, Melaka. Siapa yang pernah merasainya pasti tahu betapa sedap dan lazatnya menu ini.

Bila rasa teringin nak makan, kenalah buat sendiri di rumah. Takkan nak pergi jauh ke Melaka semata-mata untuk menikmati sepinggan kerang bakar kan?

Ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Saudari Aisyah Humaira di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Masak Ikan Bakar Guna Kuali. Tak Hangus, Tak Melekat & Masak Sempurna

RESEPI KERANG BAKAR ALA MEDAN PARAMESWARA DI MELAKA

Bahan-bahan:

  • 1kg kerang – dicuci bersih
  • Aluminium foil
  • Daun pisang
  • Beberapa tangkai daun kesum

Bahan-bahan kisar:

  • 4 sudu besar cili kering yang telah dikisar atau cili boh
  • 2 biji buah keras
  • 6 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 inci kunyit

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan-bahan kisar di atas kecuali cili kisar. Kemudian tumiskan bersama cili kisar sehingga pecah minyak seperti masak sambal.

2. Bila dah pecah minyak, masukkan daun kesum, garam, gula dan ajinamoto secukup rasa. Ketepikan.

3. Masukkan ke dalam bekas aluminium foil yang dilapik dengan daun pisang.

resepi kerang bakar

4. Bakar selama 5 minit pada suhu 170℃ atau sehingga masak. Boleh juga terus masak dalam kuali, gaul kerang bersama perencah sambal.

5. Siap kerang bakar ala di medan Parameswara, Melaka. Selamat mencuba!

resepi kerang bakar

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Buat Sendiri Sotong Bakar Macam Di Kedai, Sama Sedap & Lagi Jimat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN