kerabu utara

Kerabu Utara ini pasti memikat selera sesiapa sahaja yang mencubanya. Hidangan ini biasanya dimakan sebagai lauk sampingan atau menu ringan. Walaupun menggunakan bahan yang ringkas, rasanya tetap sedap.

Bahan utama seperti kerang, pucuk paku, taugeh, bawang, halia dan santan digabungkan dengan bahan kisar seperti cili padi, belacan dan asam jawa. Semua bahan ini menghasilkan kerabu yang pedas manis, segar dan wangi aromanya.

Ia boleh terus dimakan atau disimpan dalam peti sejuk, sesuai untuk hidangan cepat pada bila-bila masa terutamanya pada makan tengah hari atau makan malam bersama seisi keluarga.

Baca juga: Cara Masak Nasi Daging Utara Yang Empuk, Resipi Lengkap Dengan Sambal Air Asam Kerisik

RESEPI KERABU UTARA

kerabu utara

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • Sebesar ibu jari belacan
  • 10 biji cili padi
  • 2 sudu teh garam (rasa dulu, jika kurang boleh tambah)
  • 1 sudu teh gula
  • ½ sudu teh bahan perasa
  • 4 sudu makan kerisik (jika beli pek kecil, guna 2 peket)
  • 5 sudu besar santan (contoh: santan kotak Ayam Brand)
  • 1 sudu besar asam jawa (jika ada biji, bancuh terus dengan santan dan buang bijinya)
  • Jus dari ½ biji limau nipis

Cara sediakan bahan kisar:

  1. Satukan semua bahan dalam bekas pengisar dan kisar hingga sebati.

Bahan rebus:

  • ½ kilo kerang (direbus dan diambil isinya)

Alternatif: perut lembut direbus dan dihiris nipis.

Bahan celur:

  • 2 ikat pucuk paku, dicelur hingga lembut dan ditoskan
  • RM3 tauge (dibasuh dan dicelur sekejap, kemudian ditoskan)

Bahan lain:

  • 2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • Sebesar ibu jari halia (dihiris halus)

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan (kerang/perut lembut, pucuk paku, tauge, bawang, halia) dalam bekas besar.
  2. Masukkan bahan kisar tadi (kerisik, santan, cili, belacan, asam jawa, limau nipis, garam, gula, bahan perasa).
  3. Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
  4. Sesuaikan rasa mengikut citarasa sendiri.
  5. Kerabu boleh terus dimakan atau disimpan dalam peti sejuk untuk dimakan kemudian.

Sumber: Mariana Zainal

Baca juga: Resipi Bihun Sup Utara Terpaling ‘Kick’, Sedapnya Tak Jumpa Dekat Tempat Lain!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN