sayur pucuk paku

Baru-baru ini, satu thread di media sosial menjadi perhatian ramai apabila seorang pengguna bertanya sama ada sejenis daun yang kelihatan seperti sayur pucuk paku boleh dimakan atau tidak.

Menurutnya, jawapan yang diperoleh daripada carian ChatGPT menyatakan daun tersebut beracun, lalu dia bertanya semula kepada orang ramai untuk mendapatkan kepastian.

sayur pucuk paku

Soalan itu terus menarik perhatian netizen dan ruangan komen dibanjiri pelbagai respon. Ramai yang terkejut dan baru menyedari bahawa tidak semua jenis pakis selamat untuk dimakan.

Seorang pengguna berkongsi pengalaman bahawa dia jarang membeli dan memasak pucuk paku sendiri, sebaliknya biasanya makan di kedai dan tidak pernah menyangka ada pakis yang beracun.

Baca juga: Jenis Ulam Kampung Yang Popular, Banyak Khasiat Yang Ramai Tak Tahu

PENIAGA CAMPUR SAYUR PUCUK PAKU YANG BOLEH DIMAKAN & YANG BERACUN

Lebih mengejutkan, ramai netizen memberitahu bahawa kadang-kadang penjual mencampurkan pakis yang boleh dimakan dengan pakis beracun dan pembeli langsung tidak sedar.

Selain itu, ramai netizen berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing. Ada yang menjelaskan bahawa pucuk paku yang boleh dimakan tidak mempunyai bulu hitam pada bahagian batang muda, manakala pakis yang mempunyai bulu halus berwarna gelap biasanya beracun dan tidak sesuai dimakan.

Perkongsian ini juga mendapat komen daripada netizen lain yang menasihatkan supaya pembeli memeriksa daun dan batang dengan teliti sebelum membeli, terutama kerana ada penjual yang kadang-kadang mencampurkan beberapa jenis pakis sekali.

Isu ini turut menimbulkan rasa risau dalam kalangan netizen. Ada yang meluahkan rasa takut kerana selama ini mereka hanya bergantung kepada penjual tanpa mengetahui perbezaan antara pakis yang selamat dan yang beracun.

Perbincangan ini sebenarnya membuka mata ramai pihak bahawa walaupun pucuk paku merupakan hidangan biasa dalam masakan tempatan, pengetahuan asas tentang ciri-ciri bahan mentah tetap penting supaya kita boleh makan dengan lebih selamat.

Netizen turut menasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika membeli sayur di pasar dan jangan ambil mudah soal keselamatan makanan. Jangan segan untuk bertanya kepada peniaga sekiranya was-was.

Sumber: Thread @luxuries.__

Baca juga: 10 Rahsia Pucuk Paku Yang Ramai Tak Tahu, Nombor 6 Itu Mesti Terkejut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN