resepi kerabu mangga simple

Kalau suka hidangan yang menyegarkan, resepi kerabu mangga simple ini memang wajib cuba. Gabungan mangga muda yang masam, cili yang pedas serta ikan rebus yang lemak menjadikan kerabu ini cukup rasa walaupun menggunakan bahan yang mudah.

Kerabu mangga antara hidangan kampung yang ramai peminat kerana rasanya yang unik. Setiap suapan memberikan rasa masam, pedas dan sedikit manis yang membuatkan selera terus terbuka, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi panas.

Versi kerabu mangga style Kelantan ini pula cukup ringkas untuk disediakan. Tak perlu banyak bahan atau proses yang rumit, hanya tumbuk, sagat dan gaulkan semua bahan bersama. Hasilnya, hidangan yang nampak simple tetapi penuh dengan rasa.

Baca juga: Cara Buat Kerabu Pucuk Paku Kampung Sedap & Tak Cepat Basi, Ratah Saja Pun Nikmat!

RESEPI KERABU MANGGA SIMPLE TAPI MAKAN TAK CUKUP SEPINGGAN

resepi kerabu mangga simple

Bahan-bahan:

  • 1 biji mangga muda (disagat halus)
  • 2 ekor ikan rebus (ambil isi sahaja)
  • 2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 3 biji cili padi (boleh tambah ikut tahap kepedasan)
  • Garam secukup rasa
  • Sos ikan secukupnya (jika suka)
  • Limau nipis (jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk cili padi bersama sedikit garam sehingga lumat.
  2. Masukkan isi ikan rebus ke dalam bahan tumbukan tadi dan tumbuk lagi sehingga sebati.
  3. Sagat mangga muda dan masukkan ke dalam mangkuk.
  4. Masukkan hirisan bawang besar bersama campuran ikan dan cili tadi.
  5. Gaulkan semua bahan sehingga rata.
  6. Jika mahu rasa lebih umph, tambahkan sedikit sos ikan dan perahan limau nipis sebelum dihidangkan.
  7. Kerabu mangga simple ala Kelantan sedia untuk dinikmati.

Tip: Pilih mangga muda yang masih rangup supaya tekstur kerabu lebih sedap. Kalau suka rasa lebih pedas dan masam, boleh tambah cili padi serta perahan limau mengikut cita rasa.

Sumber: Niniey Mohammad

Baca juga: Resipi Kerabu Pelam Telur Yang Buat Kecur Air Liur, Masam Pedas Rangup Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN