Anda wajib cuba resepi kerabu mangga yang lain dari lain ini. Resipi ini sedikit unik kerana ada penggunaan ‘budu’ yang jarang ditemui pada resipi lain.
Kerabu mangga yang ditambah dengan budu sememangnya lebih ‘padu’. Lengkap dengan rasa masam, manis dan masin yang mengiurkan!
Makan pula dengan nasi panas dan ikan goreng, tak perlu lauk lain dah! Confirm sampai tak toleh kiri dan kanan. Jom kita cuba!
Baca juga: Kerabu Taugeh Air, Macam Cara Orang Dulu Dulu Guna Resipi Ini
1. Sagat 12 biji mangga epal. Guna penyagat seperti yang dalam gambar untuk dapatkan hasil racikkan yang halus. Baru sedap nak kunyah.
2. Racik halus dan secara memanjang-manjang. Jangan buat pendek-pendek, tak cantik hasilnya nanti.
3. Masukkan bawang besar yang dipotong melintang untuk dapatkan potongan bawang yang memanjang, bunga kantan, cili padi warna warni supaya nampak cantik dan gula. Gunting atau potong semua bahan secara nipis-nipis.
4. Masukkan air limau yang sudah diperah dan dibuang bijinya. Tetapi kulit limau jangan dibuang, gunting halus-halus kulitnya, masuk sekali. Lagi sedap.
5. Goncang budu, kemudian masukkan satu botol budu ke dalam mangga tadi. Budu cap ketereh ini boleh dikatakan paling sedap.
Ada orang suka letak udang kering. Tak nak letak budu pun terpulang. Tapi percayalah, letak budu, confirm rasa ketagih nak makan lagi.
6. Gaul semuanya sampai sebati dan sekata. Kalau rasa kurang manis, tambah gula, nak pedas tambah cili padi. Boleh ubah ikut cita rasa masing-masing.
7. Akhir sekali, masukkann dalam bekas yang sesuai untuk disimpan di dalam peti sejuk. Keesokannya, boleh makan dengan nasi panas dan ikan goreng. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Aqida Hassan
Baca juga: Kerabu Kerang Ala Thai, Sedap Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…