PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-14 07:45:47

Dah bosan dengan kerabu mangga? Nak rasa kerabu lain yang lebih sedap? Cubalah resepi Kerabu Jantung Pisang Kerang Udang. Sangat sedap dan rasanya yang berlemak memang terangkat. Jadi apa tunggu lagi? Mari cuba resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim di Facebook. Selamat Mencuba!

 

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

Bahan-bahan:

  • 1 biji jantung pisang
  • Kerang segar direbus (jumlah ikut suka)
  • Udang segar (direbus sekejap saja,ambil sedikit airnya)
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar dihiris
  • Cili api/padi (ikut tahap kepedasan)
  • 2 biji limau nipis/kasturi (ikut selera)
  • 2 inci belacan bakar/goreng
  • 2 helai daun limau purut dihiris nipis
  • Sedikit kerisik
  • Santan kelapa
  • Garam dan gula secukup rasa

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

Cara-cara:

  1. Kopek jantung pisang,ambil bahagian lembut sahaja. Hiris kasar ke dalam air mendidih di dalam periuk. Bila dah lembut,masukkan/bilas dalam air bersih sejuk dan toskan kemudian masukkan ke dalam mangkuk besar bersama semua bahan lain.
  2. Tuang santan,perah asam limau dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata semua bahan dan siap untuk dihidangkan.

 

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

Selamat Mencuba

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN