kerabu ikan bilis

Resepi kerabu ikan bilis perkongsian oleh Syazwani Azmira Adin ini cukup mudah dan ringkas untuk disediakan. Bahan yang digunakan juga tidak banyak dan boleh disediakan dalam masa yang singkat.

Bagi anda yang tiada idea untuk masak menu apa menggunakan ikan bilis, bolehlah cuba lauk ini. Lauk ini juga sangat sedap dimakan dengan nasi panas, confirm makan bertambah!

Baca juga: Resipi Cucur Ikan Bilis Yang Bulat Elok, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

RESEPI KERABU IKAN BILIS

Bahan-bahan:

Cara memasak:

1. Cuci ikan bilis dan tapis sehingga betul-betul kering. Kemudian goreng sedikit atau sangai sekejap saja di dalam kuali tanpa letak minyak.

2. Kemudian renjiskan cuka dan gaul sehingga sebati. Goreng di dalam minyak yang betul-betul panas. Bila dah garing, angkat dan toskan.

3. Seterusnya, hiris halus bawang besar, cili padi, bunga kantan dan serai. Kemudian satukan di dalam satu pinggan.

4. Tambahkan gula, jus limau, serbuk pati ayam (sedikit saja sebab ikan bilis dan masin) beserta ikan bilis yang sudah digoreng tadi.

5. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

kerabu ikan bilis

Kredit resipi dan gambar: Syazwani Azmira Adin

Baca juga: Sambal Ketuk Ikan Bilis Yang Sedap, Pedas Dia Memang Tak Boleh Bawa Bincang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN