resepi keledek ball

Resepi keledek ball ini sesuai dijadikan juadah untuk minum petang dan dinikmati bersama teh o panas. Teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam pasti akan memikat hati anda.

Manisan ini pernah menjadi tular di media sosial pada beberapa bulan lepas. Sudah ramai yang mencuba dan turut berkongsikan hasil kejadiannya.

Jika ada yang ingin membuatnya, boleh lihat resipi seperti yang dikongsikan di bawah. Anak-anak juga pasti suka kerana bentuknya yang bulat dan comel!

Baca juga: Donat Ball Kecil Comel, Buat Untuk Anak-Anak Pasti Mereka Suka!

RESEPI KELEDEK BALL

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ubi keledek 400 gram
  • Tepung ubi kayu 90 gram
  • Setengah sudu teh baking powder
  • Tepung gandum 10 gram
  • Gula pasir 80 gram
  • Sedikit garam
  • Gula melaka (tak letak pun tak apa)

Langkah-langkah penyediaannya:

1. Kukus ubi keledek sehingga masak. Kemudian, hancurkan dan sejukkan seketika.

2. Jika sudah sejuk, baru masukkan tepung ubi kayu dan tepung gandum.

3. Masukkan juga sedikit gula dan sedikit garam.

4. Cubit sedikit doh dan bulat-bulatkan sehingga habis. Boleh letak gula melaka dalam setiap biji doh jika suka.

5. Sedia untuk digoreng menggunakan api sederhana besar. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Yana Abu Hussin

Baca juga: Kelapa Jelly Ball Resipi Mudah Dan Ringkas, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN