resepi kek yogurt

Jika teringin makan kek tapi malas nak guna oven, apa kata cuba resepi Kek Yogurt yang ringkas ini. Paling menarik, anda hanya perlukan air fryer saja untuk membakarnya.

Resepi Kek Yogurt ini sangat mesra bajet kerana bahannya ringkas iaitu telur, yogurt, tepung jagung, gula dan buah yang disukai. Hasilnya gebu, lembut dan sedap dimakan sejuk-sejuk.

Bagi anda yang baru nak belajar buat kek, boleh ikut cara buat Kek Yogurt yang dikongsikan melalui video di TikTok oleh masakdirumahmy ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Batik Pandan, Bau Wangi & Lembut Berkrim Sampai Suami Puji Kata Sedap!

RESEPI KEK YOGURT

resepi kek yogurt

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan telur, yogurt, tepung jagung dan gula ke dalam bekas.

2. Selepas itu, kacau adunan sampai sebati.

3. Kemudian, letakkan beberapa biji stawberry jika suka.

4. Seterusnya, masukkan dalam air fryer.

5. Akhir sekali, bakar dengan menggunakan suhu 150ºC selama 35 minit. Siap untuk dinikmati!

resepi kek yogurt

Lihat betapa mudahnya cara buat Kek Yogurt dengan hanya menggunakan air fryer. Selepas ini jika terasa nak makan manis-manis, bolehlah cuba resipi ini untuk keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: masakdirumahmy

Baca juga: Kek Kukus Simple Guna 3 Bahan Mudah, Resipi Paling Jimat Tapi Hasil Lembut Gebu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN