
Pantang nampak orang kongsikan resipi kek yang mudah dibuat, mesti nak cuba di rumah. Kali ini, kami kongsikan resipi Kek Kukus simple yang menggunakan 3 bahan mudah saja.
Kek kukus dimasak guna kaedah kukus dalam pengukus, bukan dibakar dalam oven. Biasanya ia lebih lembut, lembap dan gebu kerana wap air itu mengekalkan kelembapan adunan.
Resipi ini dikongsikan oleh Ida Mahmood di Facebook dan cukup menarik perhatian. Maklumlah, siapa yang tak suka apabila nampak resipi tak guna banyak bahan bukan? Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Kek Simple Guna 4 Sudu, Mudah Dan Menarik Untuk Dicuba!
RESIPI KEK KUKUS SIMPLE 3 BAHAN

Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula (boleh kurangkan jika tak suka manis)
- 3 biji telur (boleh tambah esen vanilla untuk hilangkan bau telur)
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kisar telur dengan gula sampai gebu.
2. Selepas itu, masukkan tepung gandum dan teruskan kisar sampai sebati.
3. Kemudian, sediakan pengukus dan pastikan air kukusan sudah mendidih.
4. Seterusnya, tuang adunan ke dalam loyang.
5. Akhir sekali, kukus selama 20 minit. Siap untuk dinikmati!

Kredit gambar: mesinparutkelapa.id
Hanya 3 bahan asas, tapi hasilnya kek gebu dan lembut. Jika suka, boleh tambah topping atau makan begitu saja pun sudah cukup sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Ida Mahmood
Baca juga: Cara Buat Kek Span Simple, Guna 3 Bahan Mudah Tapi Hasil Gebu Gebas!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














