resepi kek susu pisang

Jika ada pisang lebih di rumah, bolehlah cuba resepi Kek Susu Pisang ini. Teksturnya moist, lembut, tak muak dan paling menarik, baunya harum semerbak satu rumah.

Kek Susu Pisang ialah sejenis kek yang menggunakan pisang masak dan susu sebagai bahan utama. Gabungan dua bahan ini menghasilkan kek yang moist, manis semula jadi dan sangat wangi apabila dibakar.

Resepi Kek Susu Pisang yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans di Facebook ini sesuai untuk yang baru nak belajar baking sebab tak perlukan mixer pun hasil menjadi. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Susu Warna-Warni Versi Kukus, Lembut Gebu Macam Kapas!

RESEPI KEK SUSU PISANG

resepi kek susu pisang

Bahan ayak:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 sudu besar susu tepung

Bahan kisar atau mix:

  • 4 biji pisang berangan
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula perang (jika gula putih, kurangkan sedikit bagi jangan manis sangat)

*Semua bahan yang nak digunakan perlu suhu bilik, jangan sejuk.

Cara-cara membuat:

1. Bahan tepung diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang sudah dikisar ke dalam bekas tepung tadi.

2. Kaup balik tepung dan bahan kisar sampai sebati.

3. Alaskan loyang dengan baking paper. Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170ºC selama 1 jam atau sampai kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (jika lidi bersih tanda kek sudah masak).

4. Jika kukus, dalam 45 minit. Jika bekas kecil, dalam 15 minit kukus atau bakar 20 minit.

Selamat mencuba!

Sumber: Azlina Ina Fans

Baca juga: Resipi Kek Pisang Kukus Guna Blender, Nak Hasil Lembut Berkilat Ada Caranya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN