kek buah kukus sarawak

Sesiapa yang pernah makan Kek Buah Kukus Sarawak, mesti terbayang kesedapannya. Kali ini, kami akan kongsikan resipinya dengan cara yang sangat ringkas dan mudah dibuat.

Kek Buah Kukus Sarawak mempunyai tekstur lembap, padat dengan buah-buahan kering dan aromanya yang wangi cukup membuatkan sesiapa saja tergoda walaupun makan sepotong.

Buat anda yang pertama kali dengar tentang kek ini dan teringin merasainya, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Eiyjarn Aziean AnGah di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Buah Kukus, Hasil Dengan Rasa Paling ‘Moist’ Dalam Mulut!

RESIPI KEK BUAH KUKUS SARAWAK

kek buah kukus sarawak

Bahan-bahan:

  • 450gram mentega berkualiti tinggi
  • 10 biji telur ayam gred B atau A
  • ½ tin gula halus atau gula kastor
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 tin rendah susu pekat manis
  • 3½ tin tepung gandum
  • 2 kotak red date (200gram)
  • 100gram ceri hijau
  • 100gram ceri merah
  • 500gram kismis campuran
  • 500 hingga 800 gram kismis hitam
  • 1 sudu teh baking powder (saya letak satu sudu makan)

*Sukat guna susu tin pekat saiz rendah 399gram

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, putar gula dan mentega sampai putih dan kembang.

2. Selepas itu, masukkan telur demi persatu dan esen vanilla sambil putar sampai sebati.

3. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar sampai sebati lagi.

4. Masukkan tepung dan baking powder, kemudian gaul rata dengan menggunakan senduk saja.

5. Seterusnya, masukkan buah dan gaul rata.

kek buah kukus sarawak

6. Setelah itu, perap semalaman pada suhu bilik saja.

7. Akhir sekali, masukkan adunan ke dalam loyang 9×9 dan kukus selama 4 jam. Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dihidang!

Kek Buah Kukus Sarawak ini nampak seperti kek klasik, tapi rasanya mampu menggamit kenangan dan membuatkan keluarga tersayang seronok menikmatinya di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Eiyjarn Aziean AnGah

Baca juga: Kek Buah Kukus Klasik, Ada Cara Elak Kek Rosak Dari Terkena Wap Air

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN