resepi kek coklat

Resepi Kek Coklat Mousse adalah pencuci mulut yang pasti memikat hati penggemar coklat. Dengan tekstur lembut dan kaya dengan rasa coklat, kek ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Dengan bahan-bahan yang mudah didapati, anda boleh membuat kek ini dalam masa yang singkat. Dari lapisan kek yang moist hingga mousse yang creamy, setiap suapan pasti memuaskan.

Jom kita lihat cara penyediaannya di bawah, selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Kek Ros Santan Lembut & Cair Di Mulut, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

RESEPI KEK COKLAT MOUSSE

resepi kek coklat

KEK COKLAT MOIST

Bahan-bahan A:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kasar (nak guna 3/4 cawan saja pun boleh)
  • 1 cawan minyak masak (nak lagi sedap, guna minyak jagung)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair

Cara-cara:

  1. Masak semua bahan A atas api perlahan selama 5 minit atau sehingga gula hancur dan semua bahan sebati. Ketepikan.

Bahan-bahan B:

Bahan-bahan C:

  • 4 biji telur gred A (kisar sekejap sampai nampak kembang, nak cepat boleh guna whisk saja)

Cara-cara:

  1. Ayak semua bahan-bahan B.
  2. Seterusnya, masukkan Bahan B secara berselang-seli dengan Bahan C ke dalam Bahan A. Kacau sebati. Gunakan whisk saja, senang.
  3. Grease dan lapik loyang 8 atau 9 inci. Kukus selama 1 jam atau sampai masak.
  4. Sebelum kukus, tutup adunan dengan plastik cling wrap supaya air tak masuk.
  5. Gunakan api besar, tetapi jangan terlalu besar.

MOUSSE COKLAT

Bahan-bahan:

  • 60 gm coklat masakan (empunya resipi guna dark beryls)
  • 200 gm non-dairy whipping cream

Cara-cara:

  1. Double boil coklat dan ketepikan.
  2. Putar cream sampai soft peak, maknanya lembut saja. Jangan sampai stiff peak, nanti mousse rasa kasar.
  3. Masukkan coklat cair dan terus putar sekejap. Agak-agak dah boleh lepa, henti putar.

Kek yang sudah sejuk boleh dipotong, dilayer dan dilepa mengikut kesukaan masing-masing. Kemudian, tuang coklat ganache atas kek. Sejukkan sekejap, dan siap! Coklat ganache boleh guna mana-mana resipi sebab resipi ini agak-agak saja. Selamat mencuba!

Info tambahan:

  • 1 adunan kek = 2 adunan mousse
  • Kek coklat moist boleh guna mana-mana resipi

Kredit: Asma Hatta

Baca juga: Resipi Kek Keju Simple, Guna 4 Bahan Murah Tapi Rasa ‘Mahal’!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN