Categories: Resipi

Resipi Kek Chiffon Pandan Yang Gebu Gebas, Lembut Macam Kapas!

Resepi kek chiffon pandan ini merupakan salah satu kek yang popular pada zaman dulu-dulu. Ia juga masih digemari ramai sehingga sekarang. 

Kalau makan banyak pun takkan muak sebab kek ini sangat gebu dan ringan. Rasa lemak dan manisnya seimbang.

Jika ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Nina Mhdr di bawah.

Baca juga: Resipi Kek Sarang Semut, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi!

RESEPI KEK CHIFFON PANDAN

Bahan-bahan A:

  • 7 biji kuning telur – gred A
  • 120 gm santan pekat (santan kotak)
  • 70 gm minyak
  • 140 gm tepung kek
  • 1 sudu teh pandan paste
  • 1/2 sudu teh perwarna hijau

Nota: Kalau nak gunakan daun pandan. Kisar daun pandan bersama santan dan tapis. Pastikan sukatannya masih mengikut resepi.

Bahan-bahan B:

  • 7 biji putih telur
  • 120 gm gula pasir halus (nak manis boleh lebihkan lagi 20gm)
  • 1 sudu teh krim tartar (optional)
  • 1/2 sudu teh garam halus

Cara penyediaan (bahan A):

1. Dengan menggunakan whisk atau mixer, putar kuning telur sehingga berbuih.

2. Kemudian masukkan santan, pandan paste, pewarna hijau dan minyak. Sambung putar lagi.

3. Akhir sekali, masukkan tepung kek dan kacau rata sehingga sebati. Ketepikan.

Cara penyediaan (bahan B):

1. Pastikan mangkuk adunan dan pemutar bersih dari minyak.

2. Satukan garam dan krim tartar ke dalam putih telur.

3. Putar perlahan sehingga berbuih.

4. Masukkan gula sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur dan putar menggunakan kelajuan maksimum sehingga putih telur menjadi meringue.

5. Putar sehingga menjadi stiff peak.

6. Ambil sesenduk adunan meringue dan masukkan ke dalam adunan kuning telur tadi. 

7. Kacau rata menggunakan whisk. Buat sehingga adunan habis (lebih kurang 3 kali).

8. Masukkan ke dalam loyang (tak perlu sapu loyang dengan butter).

9. Hentakkan lebih kurang 3 kali di atas permukaan meja.

10. Bakar pada suhu 170°C selama lebih kurang 45 hingga 50 minit atau sehingga masak.

11. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nina Mhdr

Baca juga: Resipi Kek Pisang Guna Blender Pakai Sukatan Cawan, Yang Penting Moist & Tak Muak

Nasiha

Recent Posts

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

10 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

10 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

10 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

11 hours ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

11 hours ago

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

13 hours ago