Categories: Resipi

Resepi Kek Butter Simple, Hasil Air Tangan Ibu Memang Tiada Tandingannya

resepi kek butter simpleresepi kek butter simple

Jika anda mempunyai banyak masa lapang di rumah, kami cadangkan anda cuba resepi Kek Butter simple ini yang hasilnya sangat gebu dengan cara membakar dalam oven.

Kek Butter merupakan antara kek lama yang masih relevan dan disukai ramai. Walaupun zaman sudah begitu moden, namun kek ini tetap berada dalam hati peminat kek sedunia.

Siti Nor Aminah telah sudi kongsikan resepi Kek Butter simple di Facebook yang hasilnya sungguh mengagumkan sampai ramai terpegun. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Untuk Simpan Kek Tahan Lama, Bila Tak Habis Makan Boleh Guna 2 Cara Ini

RESEPI KEK BUTTER SIMPLE

resepi kek butter simpleresepi kek butter simple

Bahan-bahan :

  • 1½ cawan tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • Secubit garam*
  • 3 biji telur gred A
  • ¾ cawan gula kastor (saya guna gula prai saja sebab gula kastor tak ada)
  • 1 cawan butter
  • 2 sudu kecil susu pekat
  • 2 sudu besar susu segar
  • Esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning (nak letak warna apa-apa pon boleh)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, ayak tepung gandum, baking powder dan garam.

2. Satukan gula dan butter ke dalam satu bekas, kemudian putar sehingga kembang.

3. Selepas itu, masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar.

4. Masukkan esen vanilla, susu pekat, susu segar dan pewarna, kemudian putar.

5. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar sehingga sebati, kemudian matikan mixer.

6. Oles loyang dengan butter dan lapikkan baking paper, kemudian tuang adunan ke dalam loyang.

7. Kemudian, bakar menggunakan suhu 180°C selama 30 minit pada rak tengah dengan api atas bawah.

8. Selepas 30 minit, tukar api bawah saja dan bakar sehingga masak. Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dinikmati!

Resepi Kek Butter simple ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut dalam sebarang majlis. Manalah tahu ada jamuan sempena awal tahun, bolehlah buat kek ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Nor Aminah

Baca juga: Resepi Kek Butter Mudah Versi Mak-Mak, Gebu Mulus Bukan Main Lagi!

Aimi

Recent Posts

Hati-Hati! Ini Nama Lain Bagi Daging Babi Yang Ramai Tak ‘Alert’

Penting bagi orang Islam mengetahui apakah nama lain bagi babi agar tidak termakan sesuatu yang…

6 hours ago

Petua Simpan Seafood Agar Tak Berubah Hitam, Kekal Rasa Manis & Tekstur Pejal

Makanan seafood antara lauk yang digemari oleh rakyat Malaysia. Malah, ramai yang sering membeli makanan…

8 hours ago

Tips Simpan Sayur Kekal Segar Dalam Peti Sejuk, Tahan Walau Berminggu!

Buat mereka yang sering memasak di rumah, pasti telah menjadi rutin untuk beli barang dapur…

9 hours ago

Resipi Ayam Goreng Crispy Guna 3 Bahan, Rangup Macam Beli Dekat Kedai!

Cara goreng ayam rangup ini hanya memerlukan 3 bahan yang mudah didapati. Dengan bahan-bahan ini…

10 hours ago

Apollo Cake Popsicle Untuk Jamuan Sekolah Anak, Kreatif Dan Menarik!

Tiba-tiba anak beritahu ada jamuan di sekolah dan kena bawa makanan di rumah sebagai potluck.…

11 hours ago

Sotong Bakar Sambal Macam Restoran Seafood, Gerenti Selera Terangkat!

Teringin nak makan makanan laut seperti di restoran seafood tapi malas pula nak keluar rumah.…

14 hours ago