Categories: Resipi

Resipi Ayam Goreng Crispy Guna 3 Bahan, Rangup Macam Beli Dekat Kedai!

Cara goreng ayam rangup ini hanya memerlukan 3 bahan yang mudah didapati. Dengan bahan-bahan ini sahaja, anda sudah boleh menghasilkan ayam goreng ‘crispy’ seakan-akan yang dibeli di kedai.

Jika untuk makan ramai, memang lebih berbaloi membuatnya sendiri kerana lebih jimat. Jadi, jika ada jamuan di sekolah atau tempat kerja, anda boleh memilih ayam goreng ini sebagai hidangan. Bosan juga kan asyik bawa kuih-muih dan pencuci mulut sahaja.

Baca juga: Resipi Ayam Halia Paling Cepat, Sekali Buat Pasti Nak ‘Repeat’

CARA GORENG AYAM RANGUP

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara penyediaannya:

  1. Mulakan dengan memerap ayam bersama tepung bestari dan sedikit air. Perap selama 30 minit supaya perisa meresap dalam ayam.
  2. Selepas ayam diperap, salutkan ayam dengan campuran tepung bestari dan tepung gandum.
  3. Setelah ayam disalut dengan tepung, rendam ayam dalam air seketika sekitar 20 saat.
  4. Untuk mendapatkan lapisan tepung yang lebih tebal dan rangup, salut ayam dengan tepung kering sekali lagi.
  5. Kemudian kibas-kibas ayam untuk membuang lebihan tepung yang tidak diperlukan. Ini akan menghasilkan ayam yang lebih garing dan sedap apabila digoreng.
  6. Goreng ayam dengan minyak yang cukup banyak supaya ayam tenggelam dalam minyak semasa proses menggoreng
  7. Gunakan periuk yang agak kecil supaya minyak dapat dipanaskan dengan lebih sekata dan ayam boleh digoreng dengan baik.
  8. Goreng ayam selama kira-kira 8-10 minit atau sehingga ayam berwarna keemasan dan rangup. Pastikan ayam masak sempurna di dalam dan luar.
  9. Setelah selesai, angkat ayam dan toskan minyak terlebih dahulu.

Kredit resipi dan gambar: Hazwani Abd Razak

Baca juga: Resipi Kulit Ayam Goreng, Rangup Macam Makan Kerepek!

Wan N

Recent Posts

Ayam Masak Ketumbar Cili Padi, Masak Sampai Naik Bau Memang Buat Bertambah Nasi!

Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…

12 mins ago

Resipi Sos Thai Homemade, Tekstur Pekat Likat Memang Puas Nak Cicah Dengan Apa Pun!

Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…

1 hour ago

Cara Buat Scone Homemade Guna Tepung Kek, Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam!

Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…

2 hours ago

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

18 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

18 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

19 hours ago